Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Turkiye Bangunkan Peluru Berpandu Hypersonik Berkelajuan Mach 5.5

(VIDEO) Menurut laporan, peluru berpandu hypersonik yang akan dibangunkan oleh Turkiye itu dijangka berkemampuan mencapai kelajuan Mach 5.5, sekaligus meletakkan negara Mediterranean itu sebagai kelompok kecil negara di dunia yang memiliki teknologi dan kepakaran untuk membangunkan peluru berpandu hypersonik.

0 456
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Salah sebuah syarikat pertahanan terbesar Turkiye, ROKETSAN baru-baru ini telah mengumumkan usaha untuk membangunkan peluru berpandu hypersonik yang akan berdasarkan kepada peluru berpandu ballistik jarak dekat “Tayfun.”
Perkara itu telah dinyatakan menerusi akaun “TurkishFacts4u” di platform media sosial X (dahulu dikenali Twitter) yang menandakan kemampuan industri pertahanan Turkiye terutamanya dalam pembangunan peluru berpandu.
Menurut laporan, peluru berpandu hypersonik yang akan dibangunkan oleh Turkiye itu dijangka berkemampuan mencapai kelajuan Mach 5.5, sekaligus meletakkan negara Mediterranean itu sebagai kelompok kecil negara di dunia yang memiliki teknologi dan kepakaran untuk membangunkan peluru berpandu hypersonik.
Sesebuah peluru berpandu itu dikategorikan sebagai peluru berpandu hypersonik sekira kelajuaanya melebihi Mach 5.
Berikutan kelajuannya yang tinggi melebih Mach 5, ia sukar dipintas oleh sistem-sistem pertahanan udara.
Keputusan Turkiye membangunkan peluru berpandu hypersonik berdasarkan kepada peluru berpandu ballistik jarak dekat “Tayfun” hanya mengesahkan lagi cita-cita negara itu untuk meningkatkan lagi kemampuan senjata strategiknya, sekaligus menjadikannya kuasa penting di rantau itu.
Negara-negara seperti Amerika Syarikat, China, Russia berlumba-lumba membangunkan peluru berpandu hypersonik, yang disifatkan sebagai trend dalam industri pertahanan pada masa ini.
ROKETSAN telah beberapa kali melakukan ujian penembakan peluru berpandu balistik jarak dekat (Short Range Ballistic Missile – SRBM) “Tayfun”.
Syarikat ROKETSAN yang ditubuhkan pada tahun 1988, merupakan syarikat pertahanan Turkiye yang menumpukan kepada usaha untuk membangunkan pelbagai jenis roket dan peluru berpandu untuk pasaran dalam dan luar negara.
 Pada Oktober 2022, ROKETSAN dan pihak berkuasa pertahanan Turkiye telah melakukan ujian pelancaran peluru berpandu balistik jarak dekat “Tayfun SRBM” buat pertama kali, membedil sasaran sejauh 560km.
Tayfun
“Tayfun”
Tayfun
Peluru berpandu balistik “Tayfun” yang dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN.
Ujian pelancaran itu menjadikan “Tayfun” sebagai peluru berpandu balistik paling jauh jaraknya yang dimiliki oleh Turkiye pada ketika ini.
Syarikat ROKETSAN merancang untuk menambah jarak peluru berpandu balistik “Tayfun SRBM” daripada 560km pada ketika ini kepada kira-kira 1,000km.
Presiden negara itu Reccep Tayyep Erdogan dilaporkan berkata sebelum ini bahawa pembangunan peluru berpandu balistik jarak dekat  “Tayfun” merupakan “mesej” kepada negara-negara tertentu yang tidak dinamakannya.
“Sistem pesawat tanpa pemandu kita telah menjadi lagenda,kini kita memiliki peluru berpandu Tayfun pula. Kesemua ini adalah mesej kepada lokasi tertentu dan kita melihatnya dengan gembira,” kata beliau. — DSA

 

Comments
Loading...