Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Hezbollah Dedah Peluru Berpandu Ballistik Jarak Dekat (SRBM) “Qader-1”

Menurut Hezbollah, peluru berpandu ballistik jarak dekat itu mempunyai diameter 620mm, panjang lebih 7.6 meter,  berat 2,800kg dan dilengkapi dengan peledak sebanyak lebih 500kg. Peluru berpandu ballistik, Qader-1 milik Hezbollah itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 190km.

0 595
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pejuang Hezbollah telah mendedahkan kepada umum peluru berpandu ballistik jarak dekat (Short Range Ballistic Missile – SRBM) “Qader-1” yang dilancarkan buat pertama kali dalam konflik dengan Israel kali ini.
Hezbollah di dalam video yang dikeluarkannya, telah menunjukkan peluru berpandu ballistik itu berada pada pelancarnya dipercayai di dalam kompleks bawah tanah.
Menurut kumpulan bersenjata Lubnan itu, peluru berpandu ballistik jarak dekat itu mempunyai diameter 620mm, panjang lebih 7.6 meter,  berat 2,800kg dan dilengkapi dengan peledak sebanyak lebih 500kg.
Peluru berpandu Qader-1 milik Hezbollah itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 190km.
Menurutnya, peluru berpandu ballistik itu berkemampuan manuver ketika dalam penerbangan dan dibangunkan dengan keupayaan untuk membedil sasarannya dengan darjah ketepatan yang amat tinggi.
Menurut penganalisis yang melihat rekabentuk peluru berpandu ballistik Qader-1 milik Hezbollah, ia berkemungkinan asalnya adalah peluru berpandu keluaran Iran sebelum dinaiktaraf dan diubahsuai untuk kegunaan Hezbollah.
“Ia berkemungkinan pada asalnya adalah peluru berpandu Fateh-110 keluaran Iran sebelum ia diubahsuai oleh Hezbollah.”
Kumpulan Hezbollah mempunyai hubungan yang amat baik dengan kerajaan Iran.
Semalam, kumpulan bersenjata Hezbollah telah melancarkan peluru berpandu ballistik Qader-1 terhadap Israel yang mensasarakan ibu pejabat agensi perisikan negara itu, MOSSAD yang berada di Tel Aviv.
Serangan terhadap ibu pejabat MOSSAD  dilancarkan kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan), namun peluru berpandu Qader-1 dilancar Hezbollah itu telah berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara David Sling tentera Israel.

Qader-1

Penganalisis ketenteraan mengatakan bahawa serangan peluru berpandu ballistik Qader-1 lebih merupakan suatu amaran kepada Israel tentang keupayaan sebenar Hezbollah.
“Jikalau Hezbollah mahu benar-benar membedil Israel dengan peluru berpandu, ia (Hezbollah) akan melancarkan ratusan roket untuk ‘mengacau’ sistem pertahanan udara Israel sebelum bertindak melancar beberapa peluru berpandu ballistik terhadap negara Yahudi itu.”
“Serangan sebuah peluru berpandu semalam itu lebih kepada suatu bentuk amaran kepada Israel.”
Ruang udara Israel itu dikawal oleh lapisan sistem pertahanan udara terdiri daripada Iron Dome (jarak dekat), David Sling (jarak sederhana) dan Arrow (aras tinggi).
Hezbollah mengatakan bahawa serangan terhadap ibu pejabat MOSSAD itu adalah kerana agensi perisikan Israel itu bertanggungjawab terhadap pembunuhan pemimpin-pemimpinnya serta letupan terhadap sistem alat kelui (pager) dan radio yang digunakan oleh anggotanya pada minggu lepas.

Qader-1

Lebih daripada 40 orang terbunuh manakala 2,000 yang cedera dalam insiden letupan alat-alat kelui dan radio di merata tempat di Lubnan dan Syria minggu lepas yang didakwa dilakukan oleh agensi perisikan Israel itu.
Banyak negara di serata dunia mengecam tindakan itu dan menyifatkannya sebagai suatu bentuk keganasan (terrorisme) oleh Israel.  — DSA

Comments
Loading...