Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Terima Semula Pesawat Pejuang F/A-18D Kedua Selesai Jalani Senggaraan LPM12Y

Secara amnya, pesawat F/A-18D ini perlu menjalani penyelenggaraan di luar negara.Namun atas usahasama erat antara TUDM dengan pemain industri aeroangkasa dalam dan luar negara, iaitu G7 Global Aerospace (G7GA) dan Rosebank Engineering, senggaraan tersebut berjaya dilaksanakan buat kali kedua di dalam negara.

0 12,777

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima pesawat pejuang F/A-18D M45-07 yang telah  yang siap menjalani penyelenggaraan Local Planned Maintenance 12 Years (LPM12Y) oleh syarikat Rosebank Engineeering.

Majlis serah terima itu telah disaksikan oleh Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

LPM-12Y merupakan program senggaraan peringkat Depot Level Maintenance (DLM) bagi pesawat F/A-18D yang telah dijalankan di dalam negara sejak tahun 2021.

M45-07 merupakan pesawat kedua yang telah selesai senggaraan yang bermula dari 5 Jan 2023 sehingga 15 April 2024.

 Penyelengaraan ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap struktur pesawat, penilaian kerosakan dan baik pulih kerosakan struktur yang disebabkan haus dan lusuh atau kemerosotan material ke atas pesawat akibat faktor persekitaran dan pengeporasian pesawat. 

TUDM
(Kredit TUDM)

 

Secara amnya, pesawat F/A-18D ini perlu menjalani penyelenggaraan di luar negara.

Namun atas usahasama erat antara TUDM dengan pemain industri aeroangkasa dalam dan luar negara, iaitu G7 Global Aerospace (G7GA) dan Rosebank Engineering, senggaraan tersebut berjaya dilaksanakan buat kali kedua di dalam negara.

Kejayaan ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan dan peningkatan kepakaran senggaraan oleh kejuruteraan aeroangkasa tempatan. 

Usaha bersepadu ini juga bertepatan dengan Tonggak Ke-5 Perintah Ulung PTU Ke-20 iaitu Peningkatan Keupayaan TUDM Melalui Kolaborasi Bersama Industri Pertahanan Tempatan dalam membangun dan mempertingkatkan kemampuan angkatan udara.

TUDM
Pesawat pertama F/A-18D M45-01 yang telah selesai menjalani “Local Planned Maintenance 12 Years” (LPM-12Y) pada Januari tahun lepas. (kredit TUDM)

 

Untuk jangka masa panjang, perkara ini dapat menjimatkan kos pembangunan angkatan atau penyelenggaraan aset-aset TUDM serta mewujudkan sinergi baharu secara berterusan dengan industri pertahanan tempatan. 

TUDM telah menerima pesawat pejuang F/A-18D M45-01 yang pertama selepas selesai menjalani kerja-kerja LPM12Y pada Januari tahun lepas. — DSA/TUDM

Comments
Loading...