Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Roket Hamas Buat Sistem Pertahanan Udara “Iron Dome” Israel Dikritik Hebat

Setiap sistem ada kelemahan dan nampaknya pejuang-pejuang Hamas sudah nampak kelemahan “Iron Dome” dan mereka telah mengeksploitasinya dengan cukup baik, sekaligus sedikit-sebanyak meruntuhkan minda “kekebalan” dikalangan rakyat dan tentera Israel.

0 4,623

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dianggap sebagai di antara sistem pertahanan paling moden dan berkeupayaan tinggi, “Iron Dome” merupakan sistem pertahanan udara utama bagi mempertahanan Israel daripada serangan roket “jiran-jirannya.”

 Sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu dibangunkan oleh syarikat Rafael Advanced Defense System dan Israel Aerospace Industries.

Tidak dinafikan ia adalah sistem pertahanan udara yang moden merangkumi 10 bateri bergerak yang dikerah ke seluruh Israel.

Setiap bateri mempunyai sistem pelancar yang dilengkapi dengan peluru berpandu “Tamir” dan radar yang mempunyai keupayaan untuk mengesan sasaran sejauh 70km.

Radar sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu akan mengira trajectori roket apabila ia mengesannya dan selepas itu melancarkan peluru berpandu “Tamir” untuk memusnahkan sasaran ketika ia masih berada di udara.Iron Dome

Ia membolehkan roket itu dimusnahkan jauh sebelum itu sampai ke sasarannya.

Setiap sistem ada kelemahan dan nampaknya pejuang-pejuang Hamas sudah nampak kelemahan “Iron Dome” dan mereka telah mengeksploitasinya dengan cukup baik, sekaligus sedikit-sebanyak meruntuhkan minda “kekebalan” dikalangan rakyat dan tentera Israel.

Ditambah pula dengan serangan darat oleh Hamas, konflik kali ini disifatkan sebagai “kekalahan pertama” rejim Yahudi itu ditangan pejuang-pejuang Palestin.

Sistem pertahanan “Iron Dome” itu memiliki rekod yang amat baik sejak ia diperkenalkan 12 tahun yang lepas, dengan peratusan pemintasan roket-roket adalah sekitar 90 peratus.

Bagaimanapun di dalam konflik terkini di antara Israel dan Hamas,  skala serangan roket oleh Hamas telah “menundukkan” sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu menyebabkan ia menjadi bahan kritikan kepada penganalisis tentera dan rakyat Israel itu sendiri.

Iron Dome
Sistem Pertahanan Iron Dome sedang memintas roket-roket daripada Gaza.

 

Pada hari pertama serangan Hamas, kumpulan pejuang Palestin telah melancarkan kira-kira 5,000 roket ke beberapa bandar Israel, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya dalam konflik-konflik sebelum ini.

Ini memeranjatkan tentera Israel.

Pada konflik 2014, Hamas telah melancarkan kira-kira 4,000 roket ke arah Israel, tetapi bilangan pelancaran roket itu adalah untuk tempoh selama 50 hari atau kira-kira sedozen roket di kebanyakkan hari.

Dalam tempoh 50 hari,  paling banyak roket dilancarkannya ke Israel konflik 2014 adalah 200.

Dengan kadar yang lancaran roket yang rendah daripada Hamas, maka amat mudah bagi sistem pertahanan udara “Iron Dome” untuk menangkis serangan itu dan seterusnya melindungi bandar-bandar dan penduduk Israel.

Tindakan melancarkan ratusan atau ribuan roket di dalam tempoh yang singkat sememangnya adalah taktik baru yang digunakan oleh pejuang-pejuang Hamas dan Palestin yang lain dalam konflik kali ini.

Iron Dome
Kegagalan “Iron Dome” menyebabkan banyak bandar Israel terkena bedilan roket Hamas.

 

Ia bertujuan untuk “overwhelm” sistem pertahanan “Iron Dome” dengan terlalu banyak sasaran untuk ditanganinya supaya hanya 10 peratus daripada roket-roket yang dilancarkan itu mampu mengakibatkan kemusnahan kepada bandar-bandar Israel.

Lancar roket dalam jumlah yang banyak dan dalam tempoh yang cepat, itulah dipanggil “saturation strikes” sebagaimana diperkatakan oleh pemerhati pertahanan.

Serangan ribuan roket Hamas daripada pelbagai sudut menyebabkan sistem pertahanan udara “Iron Dome” tidak mampu menanganinya, menyebabkan banyak di antara roket-roket itu membedil bandar-bandar Israel.

“Sistem pertahanan Iron Dome memiliki limitations terutama apabila berhadapan dengan tentera yang betul.  Sebuah sistem pelancar roket BM-21 Grad boleh melancarkan 40 roket dalam tempoh 20 saat, manakala satu bateri sistem itu atau satu batallion boleh melancarkan 240 atau 720 roket dalam 20 saat. Tidak ada sistem pertahanan udara yang mampu menangani serangan itu (720 atau 240 roket dalam 20 saat),” kata seorang pemerhati pertahanan.

Tidak pasti sama ada Hamas ada memperkenalkan jenis roket-roket baru pada konflik ini, tetapi “saturation strikes” oleh pejuang Palestin kali ini telah berjaya menembusi “payung” pertahanan udara yang disediakan oleh “Iron Dome.”

Iron Dome
Keadaan di bandar Askelon, selatan Israel selepas serangan roket Hamas.

 

Menurut penganalisis John Erath daripada Pusat Kawalan Senjata dan Non-Proliferation berkata, sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu memiliki limitasi.

Salah satu limitasi sistem pertahanan udara itu adalah ia adalah sistem yang mahal peluru sebutir berpandu “Tamir” bernilai puluhan ribu Dollar Amerika dan setiap pelancar hanya mampu membawa beberapa butir peluru berpandu.

Setiap peluru berpandu “Tamir” yang menjadi tulang belakang kepada sistem pertahanan udara “Iron Dome” itu bernilai di antara US$40,000 hingga US$50,000 sebutir. (RM180,000 hingga RM225,000).

Jikalau dibandingan dengan harga sebutir roket Hamas, kos adalah diibaratkan di antara “langit dan bumi.”

Disebabkan kosnya yang amit tinggi itulah, Amerika Syarikat turut berkongsi kos pembangunan sistem “Iron Dome” itu, dengan Washington turut menghulurkan US$3 bilion (RM13.5 bilion) sebagai kos pembangunan sistem pertahanan udara itu.

Iron Dome
Iron Dome

 

Pada ketika ini, kita dapat melihat Amerika Syarikat telah mula menghantar bekalan peluru-peluru berpandu “Tamir” daripada stok simpannnya kepada Israel yang mula mengalami kekurangan bekalan peluru berpandu itu selepas beberapa hari berhadapan dengan serangan roket Hamas.

Satu lagi limitasinya adalah “Iron Dome” tidak boleh menangani serangan semua jenis roket sperti peluru berpandu balistik yang boleh membedil jarak yang lebih jauh dan kepala peledak yang jauh lebih besar dan berkuasa tinggi. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...