Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia, Turkiye Adalah Rakan Kongsi Strategik Di Asia Tenggara

"Hubungan antara negara kita berasaskan hubungan sejarah dan budaya serta prinsip kasih, hormat-menghormati dan kerjasama," kata Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 di ibu negara Turkiye, Ankara.

0 3,501

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Malaysia dan Turkiye adalah rakan kongsi strategik di Asia Tenggara, Agensi Anadolu (AA) memetik Menteri Pertahanan Turkiye Yasar Guler.

“Hubungan antara negara kita berasaskan hubungan sejarah dan budaya serta prinsip kasih, hormat-menghormati dan kerjasama,” kata Guler ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 di ibu negara Turkiye, Ankara pada Jumaat.

Guler juga menyatakan bahawa Malaysia telah menjadi negara membangun dan mengukuhkan diri dalam pelbagai bidang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Di Turkiye, kami sangat gembira dengan perkembangan saudara kita Malaysia ini, yang dengannya kita mempunyai hubungan sejarah dan budaya yang berakar umbi.”

Hubungan diplomatik antara Turkiye dan Malaysia telah terjalin sejak tahun 1964.

KARAOK
“KARAOK”

 

“Sebagai anggota PBB, Pertubuhan Kerjasama Islam dan D-8, Turkiye dan Malaysia berkongsi perspektif yang sama mengenai pelbagai isu serantau dan global,” menurut Kementerian Luar Turkiye.

Dalam satu sidang video dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas, Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan mahukan negara Mediterranean itu dan Malaysia memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan pertahanan secepat mungkin.

Kenyataan oleh Direktorat Komunikasi Presidensi menyatakan bahawa memuktamadkan MoU itu adalah untuk memenuhi keperluan Malaysia di dalam bidang pertahanan dengan secepat mungkin.

Erdogan juga dikatakan akan melawat Malaysia dalam kesempatan pertama atas jemputan Perdana Menteri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia adalah antara pengguna utama pelbagai sistem pertahanan yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Turkiye.

Gempita
Kenderaan tempur Gempita adalah hasil usahasama antara DEFTECH dan FNSS daripada Turki.
Ada
Korvet kelas-Ada oleh STM

 

Syarikat-syarikat pertahanan Turkiye seperti FNSS telah membekalkan ratusan kenderaan berperisai “Gempita” dan “Adnan” untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia.

Pada ketika ini, syarikat-syarikat pertahanan Turkiye terus aktif di pasaran Malaysia dengan menawarkan pelbagai jenis sistem pertahanan untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan-pasukan keselamatan negara yang lain.

Baru-baru ini, syarikat pertahanan negara itu ROKETSAN dilapor berjaya membekalkan 18 unit sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “KARAOK” manakala Turkish Aerospace Industries (TAI) pula berjaya membekalkan tiga unit dron MALE (Medium Altitude Long Endurance) “ANKA-S untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Selain itu, TAI juga menawarkan kepada Malaysia sistem-sistem lain yang dibangunkannya termasuklah helikopter penyerang ATAK serta tawaran sebagai rakan pembangunan program pesawat generasi kelima Turkiye, KAAN yang akan melakukan penerbangan sulungnya pada akhir tahun ini.

Sementara itu, Program pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II untuk TLDM dan meriam bergerak (self propelled howitzer – wheeled) untuk TDM turut menarik perhatian beberapa syarikat daripada Turkiye untuk menyertai persaingan. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...