Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM, PACAF Mula “COPE TAUFAN” 2023 Hari Ini

Kawasan-kawasan latihan COPE TAUFAN 2023 itu melibatkan ruang udara di beberapa negara antaranya Pulau, Pinang dan Perak yang turut melibatkan aset udara pelbagai kategori pesawat pejuang, pesawat pengangkut dan helikopter.

0 7,300

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pacific Air Force (PACAF), Tentera Udara Amerika Syarikat memulakan Eksesais COPE TAUFAN 2023 bermula hari ini sehingga 29 Sept ini.

Menurut kenyataan media sosial yang dikeluarkan oleh TUDM, sepanjang tempoh eksesais ini aset-aset TUDM dan PACAF akan melaksanakan penerbangan secara taktikal di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan latihan.

Kawasan-kawasan latihan itu melibatkan ruang udara di beberapa negara antaranya Pulau, Pinang dan Perak yang turut melibatkan aset udara pelbagai kategori pesawat pejuang, pesawat pengangkut dan helikopter.

TUDM bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut tentang jensi-jenis aset TUDM mahupun daripada PACAF yang terlibat dalam Eks COPE TAUFAN  2023.

PACAF berpangkalan di Pangkalan Udara Hickam, Joint Base Pearl Harbor-Hickam di Hawaii, Amerika Syarikat.

Cope Taufan
Cope Taufan 2014

 

Dibawah PACAF yang bertanggungjawab terhadap segala operasi Tentera Udara Amerika Syarikat di sembilan kemudahan strateginya rantau Pasifik termasuk di Hawaii, Alaska, Jepun, Guam dan Korea Selatan.

Seramai 45,000 orang anggota tentera Amerika dan orang awam berkhidmat di bawah PACAF, dibantu oleh 340 pesawat pejuang dan pesawat kombat yang lain, tidak termasuk lebih 100 buah pesawat yang ditugaskan secara bergilir-gilir di bawah operasi PACAF.

Tiga daripada tujuh skuadron pesawat F-22 berada di bawah operasi PACAF.

Pada edisi Eks COPE TAUFAN 2014, Amerika Syarikat menghantar pesawat pejuang F-22 “Raptor” untuk berdepan dengan pesawat-pesawat pejuang Su-30MKM, MiG-29N F-18D Hornet milik TUDM.

Kenyataan oleh TUDM itu juga menyatakan bahawa latihan itu bertujuan memperkasakan kesiagaan dalam mempertahankan kedaulatan negara, meningkatkan tahap interoperabiliti, perkongsian maklumat kerjasama serta hubungan dua hala antara kedua-dua angkatan udara.

Cope Taufan
Cope Taufan 2014

 

TUDM juga memaklumkan agar orang ramai tidak cemas atau risau sekiranya melihat aset-aset TUDM dan PACAF beroperasi di kawasan latihan sepanjang tempoh eksesais berlangsung.

COPE TAUFAN 2023 di antara TUDM dan PACAF merupakan lanjutan daripada COPE THUNDER 2023 di antara PACAF dengan Tentera Udara Filipina pada Julai lalu.

PACAF menghantar pesawat-pesawat F-22, C-130 dan A-10 ke latihan itu manakala Filipina pula menggunakan pesawat pejuang FA-50 miliknya. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...