Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lawatan Wang Yi Cerminan Usaha Beijing Pikat Asia Tenggara

Lawatan Menteri Luar Wang Yi ke beberapa negara di rantau ini dilihat penting dalam memastikan jaminan pulangan strategik ekonomi dan kepentingan geopolitik Beijing dalam mempertahankan jaringan pengaruh dan dominasi Beijing di sebalik langkah pembendungan dan friendshoring Barat yang dilihat cuba untuk menggagalkan rangkaian dan cengkaman Beijing dalam rantau ini.

736

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Lawatan berangkai Menteri Luar Wang Yi ke Singapura, Malaysia dan Kemboja adalah berlandaskan sandaran untuk mempertingkat tahap kepercayaan, kebergantungan ekonomi dan memperbaiki julat pengaruh soft power dan pengaruh geopolitik dalam ketiga-tiga pelaku yang dianggap sebagai strategik kepada Beijing.

Ini menjadi lebih kritikal di sebalik insiden ketegangan di Laut China Selatan yang semakin menggamit waspada dan kegusaran pelaku serantau lain.

Daripada insiden laser dengan kapal Filipina sehingga tembakan jet air atau water cannoning minggu lalu yang mensasarkan kapal Filipina.

China
Menteri Luar China Wang Yi

 

 Lawatan ini dilihat penting dalam memastikan jaminan pulangan strategik ekonomi dan kepentingan geopolitik Beijing dalam mempertahankan jaringan pengaruh dan dominasi Beijing di sebalik langkah pembendungan dan friendshoring Barat yang dilihat cuba untuk menggagalkan rangkaian dan cengkaman Beijing dalam rantau ini.

ASEAN telah menjadi rakan dagang terbesar China sejak 2020, dan ketiga-tiga negara ini berada dalam lingkungn target utama dalam kapasiti Belt and Road Initiative sejak dua tahun lalu, mengikut data daripada Fudan University.

 Dalam menghadapi kemelut ekonomi dalaman serta krisis demografi dan pengangguran yang kian menggusarkan, Beijing terpaksa bergelut untuk bertindakbalas terhadap jaringan kekangan Barat yang dipacu oleh sekatan teknologi dan sumber kritikal masa depan termasuk semikonduktor.

Percubaan Beijing untuk memperkukuh jalinan friendshoring versi China dengan usaha untuk memikat negara-negara Global South dan kerjasama sepadu dengan BRICS masih belum membuahkan hasil yang diingini, dengan pemulihan ekonomi Washington yang melebihi jangkauan.

Usaha de-dollarisation masih terbantut dalam meraih pulangan yang dijangkakan, dengan pertumbuhan global masih terikat dengan kepentingan kekentalan dan kematangan ekonomi dan sektor kritikal teknologi yang masih dipelopori Eropah dan Amerika.

 Ini memaksa Beijing untuk mempertahankan benteng BRI dan RCEP di rantau ini yang dilihat kritikal untuk memberikan spillover impact kepada kepentingan jaringan keselamatan dan kebergantungan jaminan pertahanan dengan Beijing.

 Beijing sedar tentang peningkatan momentum langkah pembendungan dan serangan balas Barat dalam mencabar dominasi hard power postures Beijing di lokasi kritikal termasuk Laut China Selatan, Selat Taiwan, Lautan Hindi dan Kepulauan Pasifik.

 Ini dicerminkan dalam  kesepaduan aktiviti pertahanan yang kian meningkat oleh Quad dan juga keberkesanan dan langkah segera yang diambil dalam mempercepat proses pembinaan pangkalan AUKUS di utara dan timur Australia termasuk di Perth. Kesemua ini dilengkapi dengan langkah pembendungan lain termasuk Pacific Deterrence Initiative, Indo Pacific Maritime Domain Awareness (IPMDA), strategi extended and integrated deterrence, dan lain-lain langkah yang telah diambil sebelum ini. Ini termasuk pengukuhan FPDA, Five Eyes Intelligence dan juga langkah minilateral lain seperti Eyes in the Sky di Selat Melaka dengan kerjasama dan sokongan pelaku serantau.

China
Wang Yi dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan

 

Australia memainkan peranan kritikal dalam usaha ini, termasuk potensi untuk dijadikan sebagai lokasi latihan ujian peluru berpandu hipersonik di bawah payung AUKUS.

Kelebihan geografi yang luas serta kedudukan yang dekat dengan lokasi chokepoints dengan Beijing melipatgandakan kelebihan kepda Barat dan Ini menggusarkan Beijing. Momentum terbaharu dicerminkan dalam latihan ketenteraan bersama Malabar melibatkan keempat-empat pelaku Quad yang bermula minggu ini di Australia.

 Beijing sedar tentang kegusaran Malaysia dan Singapura dalam perkembangan terkini di Laut China Selatan dan di sebalik pertembungan kuasa dengan Washington secara amnya, dan cuba untuk menyuntik lembaran kepercayaan dan kebergantungan ekonomi strategik melalui langkah confidence building measures dan friendshoring yang cuba dicapai melalui lawatan ini.

 Kepentingan dari pelbagai sudut termasuk jaminan keselamatan makanan, rantaian bekalan, sektor ekonomi dan teknologi kritikal termasuk semikonduktor, sumber alam strategik seperti nadir bumi dan lain-lain,serta kedudukan penting dalam percaturan ketenteraan dan power posturing menjadi tunjang kepada kepentingan strategik holistik kepada pulangan geopolitik Beijing bagi kedua-dua negara.

Di antara Malaysia, Singapura dan Kemboja, negara city state itu dilihat sebagai paling berisiko untuk menukar orientasi kepada Barat dan berpotensi untuk menghoskan aset ketenteraan dan pangkalan sokongan Washington yang boleh melumpuhkan operasi Beijing di rantau ini.

Justeru, Singapura berada dalam radar prioriti Beijing, dan ini diperkukuhkan lagi dengan  realiti sandaran ekonomi Singapura kepada China yang lebih rendah berbanding dengan Malaysia dan Kemboja.

 Singapura kekal menjadi ekonomi matang berasaskan nadi perkhidmatan kewangan dan sumber kepakaran Baharu berlandaskan modal insan, di mana aliran keluar pelaburan syarikat gergasi teknologi dari China yang berpunca daripada kemunduran keyakinan ekonomi China hanya akan menguntungkan prospek ekonomi Singapura dan negara lain termasuk Vietnam dan India yang menjadi sasaran baharu pelabur dan syarikat ini.

Kasawari
Gambar Kapal Pengawal Pantai China berhampiran pelantar minyak dan gas Malaysia di perairan Sarawak. (ehsan pembaca Defence Security Asia)

 

Kedudukan geostrategik Singapura menjadi faktor kritikal terpenting kepada Barat, menjadikannya sebagai resupply and refuelling point kepada operasi ketenteraan Washington di Laut China Selatan dan zon lain termasuk Selat Taiwan.

 Ini menjadi sumber sokongan penting kepada operasi Freedom of Navigation (FON) Washington, selain bertindak sebagai titik sokongan kepada potensi operasi kapal selam berkuasa nuklear AUKUS kelak. Pangkalan AUKUS di Perth akan memendekkan masa reaksi dan operasi kapal selam di Laut China Selatan, dan Selat Lombok dan Selat Sunda menjadi titik laluan penting kepada kedua-dua China dan Barat.

Peranan Singapura menjadi kritikal, di mana ia akan menjadi pangkalan di Tengah-tengah laluan daripada Laut Java ke Laut China Selatan.

 Singapura juga akan menjadi pelengkap kepada keberadaan baharu Washington di Filipina dengan termeterainya perluasan Enhanced Defense Cooperation Agreement (EDCA) yang menyaksikan pengaruh dan power posturing baharu Washington di pangkalan tentera laut Camilo Osias dan lapangan terbang Lal-lo yang berada di wilayah Cagayan serta Camp Melchor Dela Cruz di wilayah Isabela yang memberikan kelebihan ketenteraan yang amat kukuh kepada Washington dan jaringan bersepadu cegah rintang bersama Manila.

Perlanjutan perjanjian di antara Singapura dan Washington pada 2019 memberikan akses berterusan kepada kapasiti ketenteraan Washington untuk menggunakan pangkalan udara dan maritim di negara itu sehingga 2035, mencerminkan langkah strategik untuk memperkukuh hard power presence di rantau ini dalam membendung dominasi Beijing.

 Perjanjian yang pertama dimeterai pada 1990 ini menjadi lambang pertalian mendalam hubungan ketenteraan dan pertahanan Singapura-Amerika, dan aset kapal perang US Navy termasuk kapal selam nuklear dan kapal pengangkut pesawat sering berlabuh di pangkalan Singapura yang kekal menjadi titik sokongan kepada operasi ketenteraan Washington.

 Singapura bertindak sebagai platform sokongan logistik kepada aset ketenteraan Washington do Pasifik Barat sejak penutupan operasi di pangkalan Subic Bay dan Clark Air Base di Filipina sejak 1990-an.

 Singapura juga berpotensi untuk beroperasi sebagai pembendung impak domino, dalam bertindak sebagai benteng kepada kapasiti submarine warfare Beijing, dalam menggunalan pangkalan dan kapasiti kapal selamnya sendiri untuk membantu usaha Barat menutup laluan Selat Melaka sekiranya perlu dalam realiti konflik masa depan, seterusnya melemahkan rantainan bekalan kritikal kapasiti perang China termasuk laluan sumber minyak dan gas dan juga makanan.

Strategi percaturan Malacca Dilemma menonjolkan peranan Singapura, dan Beijing akan terus melipatgandakan usaha untuk memperdalam keterikatan ekonomi dan keyakinan public diplomacy dan soft power Beijing, dan terus memperkukuh kepercayaan dua hala dalam menghindari kegusaran Singapura yang boleh memaksa pertukaran paksi kepada Barat.

 Bagi Kemboja, Beijing akan terus memastikan negara sekutu penting di rantau kontinental Asia Tenggara akan kekal berada di bawah paksi dan naungan Beijing, terutamanya dalam meraih pulangan penting di pangkalan baharu di Ream.

Pangkalan ketenteraan ini bakal memberikan kelebihan kepada Beijing dalam memperkasa dominasi di Laut China Selatan dan mematahkan kapasiti Barat dari pangkalan baharu di Filipina dan memperkuat langkah dan taktik ketenteraan semsa di zon pertikaian di Laut China Selatan.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals).

 

Kemboja kekal melihat Beijing sebagai negara penaung paling kritikal dalam menjamin keterjaminan ekonomi dan kelangsungan rejim tempatan, dan tidak berminat dengan usaha atau versi model ekonomi Washington seperti IPEF yang menjadikan norma baharu seperti hak asasi manusia, piawaian pekerja, keterbukaan dan pencegahan rasuah sebagai penanda aras utama.

 Rantau ini kekal menjadi medan pertaruhan permainan minda dan percaturan ketenteraan kedua-dua Beijing dan Washington, dan pengaruh dan peranan negara pelaku serantau akan menjadi penentu kepada hasil pertimbangan dan tayangan kuasa kedua-dua pihak.

Walaupun sedar tentang kelewatannya untuk mempertingkatkan langkah pembendungan dan usaha memikat minda dan hati pelaku Asia Tenggara dan Indo Pasifik amnya, Barat yang diketuai oleh Washington terus berkejar untuk membina rangkaian friendshoring dengan pelaku serantau dan memperkukuh jaringan kesepaduan Barat secara holistik.

Langkah serupa oleh Beijing yang mempunyai kelebihan agihan dan piawaian sumbangan pelaburan dan mobiliti kewangan, sumber serta pasaran yang lebih tinggi dan mudah, kekal menjadi kesukaran kepada Barat dalam usaha membendung pengaruh dan dominasi China di Indo Pasifik.

Persaingan ini bakal diwarnai oleh keupayaan dan kepakaran kedua-dua pihak untuk mencatu kebijaksanaan dan strategi masa depan untuk mencapai objektif dalam permainan long game dan kekentalan daya tahan sehingga ke penghujung abad ini, dalam menilai pihak yang berupaya untuk mengekalkan daya saing dan kematangan sumber jangka panjang dalam potensi situasi protracted conflict.

 

COLLINS CHONG YEW KEAT

Hubungan Antarabangsa, Strategi dan Keselamatan

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.