Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China “Cuba Nasib” Lagi, Pertaruh FK-3 (HQ-22) Untuk Sistem MERAD Negara

Sejak kejayaan membekalkan empat buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch I kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), syarikat China terus meneroka peluang "mencuba nasib" di Malaysia untuk membekalkan kapal-kapal LMS Batch II, dron Medium Altitude Long-Endurance (MALE), meriam bergerak (SPH) dan pesawat pejuang, JF-17 "Thunder" yang dibangunkannya hasil usahasama dengan Pakistan.

0 6,779

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Disebabkan hubungan diplomatik diantara Malaysia dan China yang baik, maka syarikat-syarikat pertahanan negara kuasa besar Asia itu juga menaruh minat yang tinggi untuk menembusi pasaran pertahanan negara ini dan membekalkan sistem persenjataan yang diperlukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sejak kejayaan membekalkan empat buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch I kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), syarikat China terus meneroka peluang “mencuba nasib” di Malaysia untuk membekalkan kapal-kapal LMS Batch II, dron Medium Altitude Long-Endurance (MALE), meriam bergerak (SPH) dan pesawat pejuang, JF-17 “Thunder” yang dibangunkannya hasil usahasama dengan Pakistan.

Kini, Defence Security Asia diberitahu bahawa syarikat China “mencuba nasib” sekali lagi dalam usaha mereka untuk membekalkan sistem pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System –MERAD) kepada ATM, dengan mempertaruhkan sistem FK-3 (varian eksport bagi HQ-22)

HQ-22
Sistem pertahanan udara jarak sederhana FK-3 (HQ-22) buatan China.

 

Tawaran terbaru daripada China ini tidak memeranjatkan kerana kira-kira 10 tahun yang lalu, Beijing turut  menawarkan sistem pertahanan udara jarak sederhana KS-1A dan LY-80 dalam memenuhi keperluan sistem MERAD ATM.

Kini, apabila ATM/TUDM merancang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu bateri sistem MERAD dalam tempoh terdekat, syarikat pembuat sistem pertahanan udara daripada China dikatakan telah “kembali” ke pasaran Malaysia untuk mempromosi/menawarkan sistem pertahanan mereka itu kepada negara ini.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang perolehan satu bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana dalam setiap Rancangan Malaysia bermula daripada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) hingga ke RMK15.

Sebuah syarikat China dengan rakan tempatan dikata menawarkan sistem pertahanan udara jarak sederhana FK-3 yang merupakan varian eksport bagi sistem HQ-22 dibangunkan oleh syarikat China Aerospace Science and Industry Corporation Ltd (CASIC).I

Ia adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana ke jauh menggunakan panduan semi-active radar homing/radio command guidance, dengan radius operasi peluru berpandunya mencecah sehingga 100km.

Jarak peluru berpandunya itu, bagaimanapun, tidak sejauh 170km sebagaimana dimiliki oleh HQ-22.

FK-3
Anggota tentera laut Thailand dengan sistem pertahanan udara FK-3.

 

Sebuah bateri sistem pertahanan udara FK-3 itu terdiri daripada satu kenderaan pembawa radar dan tiga kenderaan pelancar yang setiap sebuahnya dilengkapi dengan empat buah peluru berpandu.

Setiap sebuah bateri sistem pertahanan udara itu mampu menangani enam sasaran secara serentak.

Untuk Asia Tenggara, Thailand yang sememangnya diketahui mempunyai hubungan ketenteraan yang amat baik dengan China turut mengoperasikan sistem pertahanan udara jarak sederhana FK-3 buatan China itu.

Sistem pertahanan udara FK-3 itu dioperasikan oleh Tentera Laut Diraja Thailand (RTN), yang ditauliahkan ke dalam perkhidmatan itu pada tahun lepas.

Bangkok meletakkan sistem pertahanan udara FK-3 di pantai timur negara itu bagi melindungi beberapa kemudahan tenteranya antaranya pangkalan laut Sattahip, pangkalan udara U-Tapao serta pelabuhan laut dalam Laem Chabang.

FK-3
Anggota tentera laut Thailand bersama sistem pertahanan udara FK-3 buatan China.

 

Selain Thailand, sebuah negara Asia Tenggara iaitu Myanmar juga dilaporkan mengoperasi sistem pertahanan udara FK-3 itu .

Sistem pertahanan udara FK-3 itu juga kini dioperasikan oleh angkatan tentera Turkmenistan serta negara Balkan, Serbia turut menggunakan sistem yang sama.

Sistem pertahanan udara FK-3 yang dibangunkan oleh China itu sering disamakan oleh penganalisis pertahanan dengan sistem pertahanan udara “Patriot” keluaran Amerika Syarikat dan juga “S-300” buatan Russia.

Adakah Malaysia bakal mengikuti jejak langkah Thailand dan Myanmar dengan memilih sistem pertahanan udara jarak sederhana FK-3?  

Selain, sistem MERAD yang ditawarkan oleh China itu – beberapa sistem lain turut mengintai peluang termasuk “Norwegian Advanced Surface to Air Missile System) atau NASAM yang dibangunkan oleh syarikat Kongsberg Defence and Aerospace daripada Norway dan kini sedang digunakan oleh tentera Ukraine bagi menangani pesawat-pesawat Russia.

KS-SAM
Sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM” oleh syarikat Korea Selatan,LIG Nex1 yang ditawarkan kepada Malaysia.
KM-SAM
Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana “KM-SAM” sedang beraksi.

 

Sistem pertahanan udara jarak sederhana “NASAM” itu dibangunkan oleh Kongsberg dengan syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Raytheon yang membekalkan peluru berpandu AMRAAM (AMRAAM (Advance Medium Range Air-To-Air-Missile)  untuk sistem itu.

Selain firma pertahanan Norway itu, syarikat Korea Selatan LIG Nex1 turut menawarkan sistem MERAD  dibangunkan mereka sendiri iaitu KM-SAM kepada TUDM.

Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, Cheongung merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500. 

Ketika pameran LIMA 2023 di Langkawi baru-baru ini, pegawai LIG Nex1 memberitahu bahawa syarikat telah menerima Request For Information (RFI) daripada Kementerian Pertahanan tentang sistem “KM-SAM” yang dibangunkan oleh syarikat terbabit. — DSA

 

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...