Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia “Kuburkan” Kapal Battlecruiser Zaman Soviet, “Pyotr Veliky”

Tindakan Tentera Laut Russia menamatkan khidmat kapal battlecruiser "Pyotr Veliky", itu adalah selari dengan langkahnya yang mahu mengurangkan bilangan kapal-kapal perang “gergasi” yang diwarisinya daripada zaman Kesatuan Soviet, yang bukan sahaja sukar untuk dioperasi tetapi amat mahal untuk memastikannya terus berada di lautan.

3,684

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilapor telah membatalkan hasratnya untuk memoden serta menaiktaraf kapal perang battlecruiser berkuasa nuklear miliknya, “Pyotr Veliky” dan sebaliknya memutuskan untuk menamatkan khidmat kapal perang yang pernah digelar oleh Moscow sebagai kapal permukaan “terkuat” di dunia itu.

Kapal perang battlecruiser kelas-Kirov “Pyotr Veliky” itu memiliki berat 28,000, menyamai berat kapal-kapal “mini pengangkut pesawat milik” Jepun, JS Izumo dan JS Kaga yang kini sedang menjalani pengubahsuai untuk menjadikannya kapal pengangkut pesawat mini.

Dengan persaraan kapal “Pyoyr Veliky”, tentera laut Russia akan hanya memiliki sebuah kapal battlecruiser kelas-Kirov iaitu “Admiral Nakhimov” yang kini sedang dinaiktaraf dan dimodenkan di limbungan kapal negara itu.

Pyotr Veliky
“Pyotr Veliky”

 

Kapal “Admiral Nakhimov” yang mula dinaiktaraf pada 1999, dijangka kembali ke lautan pada 2024-2025 dan apabila ia mula beroperasi kelak, kapal “Pyotr Veliky” akan dibersarakan.

Pada berat 28,000 tan, kedua-dua kapal battlecruiser kelas-Kirov iaitu “Pyotr Veliky” dan “Admiral Nakhimov” Tentera Laut Russia  merupakan kapal perang permukaaan terbesar di dunia, selain daripada kapal pengangkut pesawat.

Kapal-kapal perang permukaan seperti destroyer Amerika Syarikat kelas-Arleigh Burke adalah seberat lebih daripada 7,000 tan manakala berat kapal cruiser kelas-Ticonderoga pula adalah lebih daripada 9,000 tan.

Kapal destroyer Type 055 milik Tentera Laut China pula mempunyai berat lebih 11,000 tan.

Ketika di zaman Kesatuan Soviet, pemerintah komunis pada ketika telah membina empat buah kapal battlecruiser kelas-Kirov dengan”Pyotr Veliky” adalah paling baru ditauliah pada 1989 manakala “Admiral Nakhimov” setahun sebelum itu.

Pyotr Veliky

Selepas kejatuhan Soviet Union, dua buah kapal battlecruiser kelas-Kirov telah dibiarkan “mereput” di pangkalannya disebabkan tiada peruntukan pembiayaan untuk mengoperasikannya, meninggalkan “Pyotr Veliky” dan “Admiral Nakhimov” kapal kelas itu yang masih beroperasi.

Berikutan keputusan terbaru itu, Russia akan hanya mempunyai sebuah kapal perang battlecruiser di dalam armadanya.

Tindakan terbaru Tentera Laut Russia itu adalah selari dengan langkahnya yang mahu mengurangkan bilangan kapal-kapal perang “gergasi” yang diwarisinya daripada zaman Kesatuan Soviet, yang bukan sahaja sukar untuk dioperasi tetapi adalah amat mahal untuk memastikannya terus berada di lautan.

Sebaliknya, Tentera Laut Russia kini dilihat lebih banyak membina kapal-kapal perang seperti friget dan korvet.

Dengan kemajuan teknologi, kapal-kapal seperti friget dan korvet berkemampuan membawa pelbagai jenis sistem persenjataan seperti peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” dan juga peluru berpandu kruise “Kalibr” yang boleh membedil sasaran musuh Russia daripada jarak ribuan kilometer.

Pyotr Veliky
“Pyotr Veliky”

 

Tentera Laut Russia juga dilihat memperkuatkan armada kapal selamnya, menjadikan platform itu “lebih berbahaya” untuk musuh-musuhnya.

Antara kerja-kerja pembaikan dan naik-taraf yang dilakukan terhadap kapal perang battlecruiser “Admiral Nakhimov” adalah penukaran uranium di dalam reaktor nuklear miliknya serta memasangnya dengan beberapa sistem persenjataan yang baru termasuk peluru-peluru berpandu kruis.

Ia akan dilengkapi dengan 176 sel-sel bagi Vertical Launch System (VLS) bagi melancarkan peluru-peluru berpandu sasaran darat dan sasaran udara.

Antara sistem persenjataan baru yang bakal dibawa oleh “Admiral Nakhimov” termasuklah peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”, dengan pemerhati ketenteraan Russia menyatakan bahawa kapal perang “terkuat” Russia itu akan dilengkapkan dengan 60 butir peluru berpandu hypersonik itu.

Selain Tsirkon, kapal perang itu juga akan dilengkapi dengan peluru berpandu kruis “Kalibr”, sistem pertahanan udara Fort-M, Pantsir-M selain sistem anti-kapal selam “Paket-NK” dan “Otvet.” — DSA

Admiral Nakhimov
“Admiral Nakhimov”

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.