Kerana Sumbang MiG-29 Pada Ukraine, Slovakia Diberi AH-1Z Viper Sebagai “Ganti Rugi”
Terdapat dikalangan pembaca Defence Security Asia mencadangkan supaya Malaysia mengambil pendekatan yang sama iaitu menyerahkan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Ukraine dan diberikan aset baru sebagai “ganti rugi” oleh Amerika Syarikat atau pihak-pihak lain.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerana bertindak menyumbang 13 buah pesawat pejuang MiG-29 yang telah ditamatkan perkhidmatan kepada Ukraine, Slovakia telah ditawarkan 12 buah helikopter bersenjata AH-1Z Viper oleh Amerika Syarikat sebagai “gantirugi” dengan kos yang minimal.
Dianggar bernilai kira-kira US$1 bilion (RM4 bilion), pakej “ganti rugi” oleh Washington itu turut termasuk peluru berpandu AGM-114 “Hellfire”, latihan dan bantuan lojistik.
Kira-kira US$660 juta (RM2.6 bilion) daripada kos pakej “ganti rugi” helikopter penyerang itu disumbang oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat manakala selebihnya US$330 juta (RM1.3 bilion) adalah daripada belanjawan pertahanan Slovakia.

Menteri Pertahanan Slovakian berkata tawaran 12 buah helikopter penyerang oleh Amerika Syarikat akan meningkatkan kemampuan pertahanan negara itu, kerana ia tidak pernah memiliki kemampuan helikopter penyerang sebelum ini.
Pada Mac yang lalu, Slovakia menjadi negara negara pertama memberikan pesawat pejuang kepada Ukraine dengan pemindahan permulaan sebanyak empat buah MiG-29 dan bakal disusuli oleh selebihnya.
Pesawat pejuang MiG-29 itu diserahkan terus kepada Tentera Udara Ukraine.
Sumbangan pesawat-pesawat pejuang buatan Russia kepada Ukraine lebih dialukan-alukan kerana juruterbang negara itu sudah biasa menggunakannya dan boleh terus dikerah ke medan berbanding pesawat pejuang buatan Barat yang memerlukan latihan juruterbang berbulan-bulan.
Terdapat dikalangan pembaca Defence Security Asia mencadangkan supaya Malaysia mengambil pendekatan yang sama iaitu menyerahkan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 yang telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Ukraine dan diberikan aset baru sebagai “ganti rugi” oleh Amerika Syarikat atau pihak-pihak lain.

Admin tidak pasti kerajaan akan mengambil pendekatan yang sama sebagaimana diambil oleh kerajaan Slovakia.
Satu daripada alasan yang mungkin difikirkan oleh kerajaan adalah kerana ia tidak mahu menjejaskan hubungan diplomatiknya yang baik dengan Moscow.
Comments are closed.