Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Harga Pesawat Gen-5 “KAAN” Buatan Turkiye Dianggar Lebih US$100 Juta Sebuah. Berbaloikah?

Dengan anggaran harga pesawat pejuang buatan Turki itu melebihi US$100 juta setiap sebuah, maka harga "KAAN" itu tidak banyak berbeza berbanding harga pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat, F-35 terutamanya daripada varian C (varian pesawat pejuang) atau B yang merupakan varian (Short Take Off and Vertical Landing).

0 5,696

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Mana-mana pihak yang sudah memasang cita-cita untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima buatan Turkiye yang dinamakan “KAAN” oleh presiden negara itu Recep Tayyep Erdogan baru-baru ini,  nampaknya perlu “berfikir dua kali” sebelum membelinya kerana harga satu unit pesawat pejuang generasi kelima yang sedang dibangunkan itu dikatakan bakal melebihi US$100 juta (RM400 juta).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Temel Kotil berkata yang mengatakan harga per-unit pesawat itu itu dijangka lebih “sedikit” daripada US$100 juta, seperti  yang dianggarkan sebelum ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab atau alasan mengapa harga sebuah pesawat pejuang  generasi kelima buatan Turkiye itu kini melebihi US$100 juta.

KAAN

Dalam satu temuramah pada 2021, Kotil berkata, pihaknya menganggarkan harga per-unit pesawat pejuang generasi kelima itu US$100 juta dan dua tahun selepas itu, tekaan beliau hampir tepat.

Dengan anggaran harga pesawat pejuang buatan Turki itu melebihi US$100 juta setiap sebuah, maka harga “KAAN” itu tidak banyak berbeza berbanding harga pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat, F-35 terutamanya daripada varian C (varian pesawat pejuang) atau B yang merupakan varian (Short Take Off and Vertical Landing).

Harga per-unit varian F-35A (landasan konvensional) adalah dianggarkan US$80 juta.

Namun, teknologi yang melengkapi F-35 sudah jauh lebih matang dan “terbukti” berbanding “KAAN”.

Sementara itu Kotil juga berkata bahawa pada tahun 2028, TAI akan menyiapkan sejumlah 20 buah pesawat pejuang “KAAN” Block 10 kepada Tentera Udara Turkiye.

“Menjelang tahun 2029, TAI akan mengeluarkan dua buah pesawat pejuang KAAN setiap bulan, menjana perolehan kira-kira US$2.4 bilion (RM9.6 bilion) setiap tahun,” kata Kotil sebagaimana dipetik oleh sebuah portal pertahanan antarabangsa.

KAAN

“KAAN” dijangka akan melakukan penerbangan sulungnya pada 29 Oktober 2023 ini sempena sambutan 100 tahun negara itu dan memasuki perkhidmatan Tentera Darat Turkiye pada tahun 2029.

Pesawat pejuang itu akan menggantikan lebih daripada 200 buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Negara itu.

Pesawat pejuang generasi kelima buatan Turkiye itu akan menggantikan F-35 yang sepatutnya digunakan oleh Tentera Udara Turkiye, sebelum Ankara dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat itu selepas ia bertindak membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.

“KAAN” sebelum ini hanya dikenali sebagai TF-X atau Milli Muharip Ucak (National Combat Aircraft -MMU).

Penghasilan pesawat pejuang itu menjadikan Turkiye sebagai negara kelima didunia yang berjaya membangunkan pesawat pejuang generasi kelima.

KAAN

Hampir 100 peratus pesawat generasi kelima Turkiye itu dibangunkan oleh industri pertahanan negara itu, kecuali beberapa bahagian pesawat seperti kerusi anjal (ejection seat), enjin dan joystick (controller).

Bagaimanapun ketiga-tiga komponen asing pada pesawat “KAAN” tu akan digantikan dengan komponen buatan Turkiye apabila pembangunan pesawat itu memasuki fasa lebih maju.

Kesemua 10 buah pesawat prototaip “KAAN” akan dilengkapi dengan dua enjin buatan General Electric  F110, yang amat dikenali oleh pihak Turkiye kerana ia turut digunakan oleh pesawat-pesawat F-16 C/D milik negara itu dan dipasang di dalam negara.

Bagaimanapun, produksi bersiri (serial production) pesawat itu akan menggunakan enjin dibangunkan oleh syarikat tempatan, Tusas Engine Industries (TEI) berdasarkan kepada enjin Eurojet EJ200 – yang digunakan oleh pesawat pejuang Eurofighter Typhoon.

Data-data awal menyatakan bahawa pesawat pejuang “KAAN” itu akan mempunyai Maximum Take-Off Weight (MTOW) 27,200kg  dan mampu mencapai kelajuan maksimum Mach 2. — DSA

APPPS

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...