Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Pertahanan Udara “Korean Patriot” Untuk Arab Saudi?

Tahun lepas, syarikat Korea Selatan itu menandatangani kontrak bernilai US$3.5 bilion (RM14 bilion) untuk membekalkan sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM Block II itu, dengan penghantaran bermula tahun ini sehingga 2027. Kini, sasaran syarikat LIG Nex1 adalah Arab Saudi pula.

0 1,506

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas berjaya memikat Emiriah Arab Bersatu (UAE), syarikat LIG Nex1 daripada Korea Selatan sedang berunding pula dengan Arab Saudi untuk menjual sistem pertahanan udara jarak sederhana “KM-SAM Block II” yang juga digelar “Korean Patriot.”

Tahun lepas, syarikat Korea Selatan itu menandatangani kontrak bernilai US$3.5 bilion (RM14 bilion) untuk membekalkan sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM Block II itu, dengan penghantaran bermula tahun ini sehingga 2027.

Kini, sasaran syarikat LIG Nex1 adalah Arab Saudi pula.

Pegawai-pegawai kanan LIG Nex1 menaruh keyakinan tinggi bahawa mereka akan dapat menyakinan Arab Saudi untuk membeli sistem KM-SAM Block II yang direkabentuk untuk menembak jatuh pesawat serta peluru balistik itu pada tahun ini atau tahun depan.

Sistem KM-SAM Block II yang menjadi sistem asas kepada Korea Air and Missile Defense System (KAMD) mampu menembak sasaran sejauh 70km dengan ketepatan di antara 80 hingga 95 peratus.

KM-SAM

Sistem KM-SAM Block 1 yang direkabentuk untuk hanya menembak jatuh pesawat mula memasuki perkhidmatan tentera Korea Selatan pada 2015.

Syarikat LIG Nex1 turut dikatakan berhasrat menawar sistem KM-SAM Block 1 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu mendapatkan sistem MERAD (Medium Range Air Defence System).

Menurut syarikat LIG Nex1, sistem pertahanan udara KM-SAM Block II adalah sistem yang kos-effektif serta khusus untuk negara-negara yang tidak berkemampuan memperolehi sistem pertahanan udara buatan Amerika Syarikat atau Eropah kerana harganya yang tinggi.

Syarikat Korea Selatan itu juga menawarkan sistem pertahanan udara mereka itu kepada negara-negara yang tidak mahu menggunakan sistem pertahanan udara buatan Israel atau Russia yang sedang berhadapan dengan sekatan ekonomi.

KM-SAM

Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.

Sistem KM-SAM yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung” merupakan sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.

Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...