Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar Terkini Kapal Korvet, KD Laksamana Muhammad Amin

Di atas inisiatif luar kotak (out of the box) TLDM dan Kementerian Pertahanan, pelaksanaan refit KD Laksamana Muhammad Amin adalah amat unik, di antaranya melibatkan pelaksanaan usaha-usaha "repowering" serta penukaran sebahagian besar badan kapal (hull) menggunakan konsep re-hull.

0 7,266

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada Disember 2021, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi kenyataan menerusi media sosialnya menyatakan bahawa kapal KD Laksamana Muhammad Amin dari Skuadron Korvet Ke 24 sedang menjalani pasang pulih (refit) di Grade One Marine Shipyard Sdn Bhd. 

Hampir setahun selepas kenyataan daripada TLDM, pihak syarikat Grade One Marine telah menyiarkan beberapa keping gambar menerusi media sosial miliknya menunjukkan keadaan terkini KD Laksamana Muhammad Amin di limbungan kapal milik syarikat itu.

Kenyataan ringkas daripada syarikat terbabit pada 7 Disember 2022, menyatakan bahawa ia kapal TLDM itu telah turun galangan dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang menjayakan “Downslip Operation”.

“Fasa seterusnya perlu lebih usaha dan kerjasama demi memastikan projek berjaya,” menurut syarikat itu lagi, menunjukkan kapal korvet TLDM itu akan menjalani fasa seterusnya di dalam kerja-kerja refit-nya. 

Menurut kenyataan TLDM Disember tahun lepas itu menyatakan bahawa di aatas inisiatif luar kotak (out of the box) TLDM  dan Kementerian Pertahanan, pelaksanaan refit KD Laksamana Muhammad Amin adalah amat unik.

KD laksamana
Gambar terkini KD Laksamana Muhammad Amin (kredit Grade One Marine)

 

Diantara keunikan yang dimaksudkan ialah pelaksanaan “repowering” serta penukaran sebahagian besar badan kapal (hull) menggunakan konsep re-hull.

 “Repowering” adalah skop perkhidmatan selenggaraan melibatkan penggantian kesemua jentera utama, kotak gear, shafting, propeller dan set janakuasa termasuk switchboard serta kabel berkaitan. 

Manakala bagi konsep “re-hull, blok hull yang baharu dibina dan sebahagian peralatan yang terdapat di badan kapal yang lama dibawa keluar, dirombak pulih dan dipasang di hull baharu tanpa mengubah sepenuhnya reka bentuk asal.

Dalam erti kata lain, sebahagian besar badan kapal yang lama akan dilupus sebagai besi buruk.   

Pendekatan repowering dan re-hull ini telah mendapat perhatian pelbagai agensi kerajaan yang lain. 

KD Amin
Kredit TLDM

 

Dalam erti kata lain, sebahagian besar badan kapal yang lama akan dilupus sebagai besi buruk.   

Pendekatan repowering dan re-hull ini telah mendapat perhatian pelbagai agensi kerajaan yang lain. 

Ini disebabkan ianya lebih cepat, ekonomik dan memberi return on investment (ROI) yang baik kepada perkhidmatan. 

Pendekatan out of the box ini juga telah mendapat perhatian pihak juruaudit, di mana telah dilaksanakan pemeriksaan oleh pihak yang berkaitan. 

KD Amin
Kapal korvet KD Laksamana Muhammad Amin sebelum sistem peluru berpandu anti-pesawat dan anti-kapalnya dilucutkan.

 

Buat masa ini, hasil audit ialah: Totally out of the box method. Seems that there are 2 KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, but actually not. The method is still in that box, BUT in a larger box and in accordance with current Government procedure. 

 Hasil inisiatif repowering dan re-hull ini bakal membolehkan KD Laksamana Muhammad Amin diberi nafas baharu dengan peningkatan keupayaan beroperasi, jangka hayat lebih panjang, supportability yang lebih baik dan memberi ROI yang tinggi kepada TLDM/Kerajaan, menurut kenyataan TLDM menerusi media sosialnya.

KD Laksamana
(kredit Grade One Marine)

 

KD Laksamana
(kredit Grade One Marine)

 

Lebih membanggakan, kesemua aktiviti reka bentuk, pembinaan dan selenggaraan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak tempatan yang mana dengan tidak secara langsung mendukung industri pertahanan negara.

Sebelum ini, pendekatan “repowering dan re-hull” boleh dianggap mustahil untuk direalisasikan.

Justeru, warga Navy People wajar berbangga dengan inisiatif luar kotak yang dihasilkan dan disaran terus berinovasi untuk meningkatkan keupayaan operasi Armada TLDM, khususnya dalam aspek Man, Machine and Method (Process). — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...