Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KF-21 “Boramae” Dilengkap Peluru Berpandu Kruis Jarak Jauh (ALCM)

Dengan peluru berpandu kruis lancaran udara (ALCM), pesawat pejuang KF-21 "Boramae" yang sedang dibangunkan pada ketika ini bakal menarik minat lebih pelanggan untuk memperolehinya. Adakah Tentera Udara Diraja Malaysia turut berminat mendapatkan KF-21?

0 2,535

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Agensi perolehan senjata Korea Selatan, Defense Acquisition Program Administration (DAPA) akan membangunkan peluru berpandu kruis lancaran udara jarak jauh (Air-Launched Cruise Missile- ALCM) khusus untuk dibawa oleh pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae.”

Menurut DAPA, ia akan membelanjakan kira-kira US$145 juta untuk membangunkan peluru berpandu kruis itu, yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2028.

Peluru berpandu kruis itu bakal digunakan oleh pesawat pejuang KF-21 yang masih di fasa pembangunan selepas berjaya melakukan penerbangan sulung pada Julai lepas.

Pesawat pejuang KF-21 itu dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

Menurut laporan media Korea Selatan, peluru berpandu kruis lancaran udara itu dijangka berkemampuan membedil sasaran sejauh 500km dengan ketepatan yang tinggi dan bakal menjadi antara senjata utama bagi pesawat KF-21 itu.

KF-21
Pesawat KF-21 dengan empat butir peluru berpandu udara-ke-udara ketika melakukan penerbangan sulung pada Julai lepas.

 

Di bawah kawal selia daripada agensi pembangunan pertahanan negara itu, Agency for Defense Development (ADA), beberapa syarikat pertahanan Korea Selatan seperti LIG Nex1 dan Hanwha Aerospace bakal terlibat dalam kerjasama di dalam pembangunan peluru berpandu kruis jarak jauh itu.

DAPA enggan mendedahkan jarak sebenar peluru berpandu kruis lancaran udara itu tetapi adalah agak sama sebagaimana peluru berpandu kruis lancaran udara “Taurus” yang digunakan oleh pesawat pejuang F-15K Tentera Udara Korea Selatan.

Peluru berpandu “Taurus” merupakan peluru berpandu jarak jauh dengan jarak effektif sejauh 500km bagi membolehkan ia membedil mana-mana sasaran di Korea Utara tanpa pesawat pejuang itu memasuki ruang udara negara terbabit.

DAPA berharap peluru berpandu kruis lancaran udara yang akan dibangunkannya itu akan menyumbang ke arah peningkatan kemampuan tentera Korea Selatan dalam berhadapan dengan ancaman peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

Selain digunakan oleh Tentera Udara Korea Selatan, negara itu juga percaya peluru berpandu kruis lancara udara itu akan dieksport kepada pelanggan luar yang berminat.

Taurus
“Taurus”

 

Agensi itu percaya peluru berpandu kruis jarak jauh itu juga akan menjadikan pesawat KF-21 menjadi lagi menarik di mata pelanggan-pelanggan berpotensi di luar Korea Selatan, sekaligus meningkatkan lagi eksport senjata Korea Selatan.

Pada ketika ini, Tentera Udara Korea Selatan dipercayai memiliki kira-kira 260 buah peluru berpandu kruis lancaran udara (air-launched cruise missie –ALCM) “Taurus KEPD” yang dibangunkan oleh syarikat Sweden, Saab dan Jerman, Taurus System GmbH.

Peluru berpandu kruis (juga dipanggil stand-off missile) “Taurus” seberat 1,400 kg yang boleh membedil sasaran sejauh 600km itu dibawa oleh pesawat-pesawat pejuang F-15K Tentera Udara Korea Selatan dan mereka telah pun mula menggunakannya sejak 2016.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Korea Selatan dilaporkan membeli sejumlah besar peluru berpandu “Taurus KEPD” itu selepas usahanya untuk membeli “Joint Air To Surface Standoff Missile” (JASSM) daripada Amerika Syarikat ditolak.

Sebagai syarat utama pembelian “Taurus KEPD” itu, Korea Selatan mahukan permindahan teknologi dilakukan bertujuan memanafaatkan industri pertahanan tempatan.

Permindahan teknologi hasil pembelian “Taurus KEPD” itu bakal menyaksikan negara Asia Timur itu untuk muncul sebagai antara negara  yang membangunkan varian peluru berpandu kruis dengan saiznya  yang lebih kecil untuk digunakan oleh pesawat-pesawat yang lebih ringan berbanding F-15K.

Pesawat-pesawat yang dimaksudkan itu adalah KF-21 “Boramae” dan FA-50. – – DSA

Taurus

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...