Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiada Radar AESA Untuk F/A-18D TUDM Dalam Program Tingkat Upaya?

Sumber industri memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa program peningkatan keupayaan F/A-18D milik negara sebagaimana diumumkan oleh Menteri Pertahanan, tidak melibatkan sebarang pertukaran radar pesawat itu daripada radar multi mode APG-73 yang digunakannya pada ketika ini kepada radar AESA (Active Electronically Scanned Array)

0 4,348

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 10 Oktober lepas, bekas Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM2.4 bilion membabitkan program peningkatan keupayaan pesawat pejuang F/A-18D Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Selenggaraan pesawat F/A-18D @tudm_rasmi penting bagi pastikan ia terus berupaya melaksanakan penugasan seiring tuntutan keselamatan semasa.”

“RM2.4b telah diperuntukkan bagi melaksanakan peningkatan keupayaan sistem pesawat F/A-18D serta F/A-18D Sustainment Programme,” kata Menteri Pertahanan di dalam ciapan menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.

TUDM mengoperasikan lapan buah pesawat pejuang terbabit yang diperolehinya pada 1997 dan sudah pasti program peningkatan keupayaan dan Sustainment Programme pesawat F/A-18D Hornet itu adalah untuk memastikan ia terus beroperasi dengan berkesan sehingga tahun 2035-2040 sebelum ia diganti dengan pesawat pejuang lain.

Ciapan oleh bekas Menteri Pertahanan tentang program naik taraf pesawat pejuang F/A-18D Hornet itu tidak memberikan sebarang perincian mengenainya.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (pix credit to owner)

 

Bagaimanapun, dana yang diberikan untuk program itu sebanyak RM2.4 bilion adalah suatu jumlah yang besar.

Setakat ini tiada maklumat rasmi daripada pihak Kementerian Pertahanan mahupun TUDM tentang apa yang dikatakan oleh bekas Menteri Pertahanan sebagai program “peningkatan keupayaan sistem pesawat F/A-18D serta F/A-18D Sustainment Programme.”

Apa yang kita ketahui setakat ini adalah daripada page FB pertahanan tempatan yang mendakwa program peningkatan keupayaan itu bakal melihat pesawat F/A-18D negara itu dilengkapkan dengan radar AESA APG-79 (V) 4 yang merupakan varian radar AESA APG-79 yang digunakan oleh pesawat Super Hornet. (sebenarnya syarikat Raytheon menerbangkan pesawat F/A-18C/D dipanggil “Legacy Hornet” (Classic Hornet) milik Tentera Laut Amerika dilengkapkan dengan radar APG-79 (V) 4 Active Electronically Scanned Array (AESA) hanya pada bulan Jun lepas).

Hornet
Pesawat Hawk 208 dengan F/A-18D Hornet TUDM dalam satu latihan dengan pesawat B-52 Amerika Syarikat.

 

Bagaimanapun sumber industri memaklumkan kepada Defence Security Asia bahawa program peningkatan keupayaan F/A-18D milik negara sebagaimana diumumkan oleh bekas Menteri Pertahanan,  tidak melibatkan sebarang pertukaran radar pesawat itu daripada radar multi mode APG-73 yang digunakannya pada ketika ini kepada radar AESA (Active Electronically Scanned Array)

Itulah yang dimaklumkan kepada admin oleh sumber industri.

Rakan industri admin menyatakan bahawa program peningkatan keupayaan pesawat F/A-18D negara yang diumumkan oleh Hishammuddin itu antaranya membabitkan meningkatkan jangka hayat airframe pesawat pejuang TUDM itu daripada 6,000 jam kepada 8,000 jam.

Selain itu program itu juga akan melihat pesawat Hornet negara dilengkapkan dengan Link 16 Block Upgrade 2 (BU2).

Link 16 adalah jaringan pertukaran data taktikal ketenteraan yang menawarkan real-time situational awareness dan komunikasi yang tidak boleh dipintas/diganggu meliputi kesemua platform sama ada di udara,lautan dan daratan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selain itu, program itu juga melihatkan pesawat Hornet dilengkapkan dengan Multifunctional Information Distribution System (MIDS) Block 2 yang juga berkait-rapat dengan aplikasi Link 16 BU2 untuk pesawat Hornet negara.

Satu lagi aspek di dalam program  peningkatan keupayaan pesawat F/A-18D TUDM membabitkan SECOS yang berkemungkinan merujuk kepada komponen berkenaan “Secure Communication.”

Itulah sedikit-sebanyak maklumat yang admin ada mengenai program peningkaan keupayaan pesawat Hornet negara. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...