Perolehan Pesawat F-35 “Satu Kesilapan Besar” – Media Australia
Sesetengah pihak di negara Australia, perolehan pesawat F-35 Joint Strike Fighter oleh negara itu itu dianggap sebagai suatu kesilapan besar kerana isu-isu berkaitan dengan kos, kemampuan pesawat itu sendiri dan tahap kesiapsiagaan pesawat itu yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun negara-negara di serata dunia (sekutu Amerika Syarikat) berlumba-lumba untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 Joint Strike Fighter, tetapi bagi sesetengah pihak di Australia perolehan pesawat generasi kelima itu dianggap sebagai satu kesilapan besar.
Menurut sesetengah pihak di negara Oceania itu, perolehan pesawat F-35 itu dianggap kesilapan besar kerana isu-isu berkaitan dengan kos, kemampuan pesawat dan tahapkesiapsiagaan pesawat itu yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).
Seorang wartawan kanan Australia dikenali dengan nama Brian Toohey yang menulis isu-isu mengenai pertahanan dan keselamatan negara itu sejak 1973 telah mengkritik cadangan tentera negara itu memperolehi skuadron ke-4 pesawat F-35.
RAAF komited untuk memperolehi 72 buah pesawat F-35A bagi membolehkan ia mengoperasikan tiga buah skuadron pesawat berkenaan itu dan bercadang memperolehi skuadron ke-empat bagi menjadikan bilangan keseluruhan pesawat itu sebanyak 96 buah.
Masalah-masalah yang menimpa pesawat-pesawat F-35 Tentera Udara Australia itu menyebabkan wartawan Australia terbabit menyifatkan pembelian pesawat generasi kelima itu sebagai “kesilapan paling besar untuk memiliki pesawat berkenaan.”

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar, Pertahanan dan Perdagangan di Parlimen Australia diberitahu bahawa kerajaan negara itu dijangka akan membelanjakan US$10.87 bilion (RM43.48 bilion) untuk mengoperasi kesemua pesawat itu sepanjang perkhidmatannya sehingga tahun 2053.
Anggaran bajet yang dikemukakan oleh Jabatan Pertahanan Australia pada Februari tahun ini juga menyatakan bahawa pesawat F-35 dijangka kurang menghabiskan masa di udara (flying time) dalam empat tahun mendatang ini.
Laporan itu menyatakan bahawa kekurangan masa pesawat generasi kelima milik Australia itu di udara adalah disebabkan isu-isu penyelenggaraan yang sentiasa menghantuinya.
Australia menyertai program F-35 sebagai Rakan Industri Tahap 3 pada tahun 2002 dan komited untuk memperolehi 72 buah pesawat itu pada harga US$16 bilion (RM64 bilion).

Pada ketika ini, Tentera Udara Australia telah pun menerima 54 daripada 72 pesawat F-35, dengan ia menjangka akan menerima kesemua pesawat yang dipesannya pada tahun depan.
Comments are closed.