Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Terima 81mm Mortar, RPG Dan Pelbagai Aset Baru

Kenderaan pembawa mortar (mortar carrier) itu berkemungkinan merujuk kepada kenderaan yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Cendana Auto manakala mortar 81mm itu berkemungkinan besar dibekalkan oleh syarikat Expal daripada Sepanyol menerusi agen tempatannya.

0 7,737

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tentera Darat hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima sebanyak 72 buah Mortar 81mm (Complete Set) bersama-sama kenderaan yang dilengkapi TALOS Fire Control System dan 150 buah Rocket Propelled Grenade (RPG).

Ia turut mengatakan telah menerima sebanyak 27 unit Multiple Grenade Launcher (MGL) 40mm.

Kenderaan pembawa mortar (mortar carrier) itu berkemungkinan merujuk kepada kenderaan yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, Cendana Auto manakala mortar 81mm itu berkemungkinan besar dibekalkan oleh syarikat Expal daripada Sepanyol menerusi agen tempatannya.

Aset TD
(Tentera Darat)

 

Talos Fire Control System pula dipercayai dibangunkan oleh GMV, sebuah syarikat yang berpengkalan di Madrid, Sepanyol.

Pada pameran Defence Security Asia (DSA) yang berlangsung di ibu negara pada Mac lepas, Cendana Auto turut mempamerkan beberapa buah kenderaan yang dibekalkannya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk kenderaan Fitted-For-Radio (FFR), Kenderaan Pembawa Senjata dan Kenderaan Pembawa Mortar.

Syarikat tempatan itu turut mempamerkan kenderaan “Special Operation Vehicle” (SOV) yang dibangunkan untuk kegunaan anggota Grup Gerak Khas (GGK).

Menurut seorang pegawai syarikat Cendana Auto yang ditemui oleh Defence Security Asia pada pameran DSA itu, mereka akan membekalkan 48 buah kenderaan pembawa mortar (mortar carrier) kepada Tentera Darat, dengan 24 buah daripada kenderaan itu telah pun diserahkan kepada pelanggannya.

Cendana
Kenderaan Mortar Carrier. oleh Cendana Auto.

 

Manakala 24 kenderaan lain masih di peringkat pembinaan.

Kenderaan Pembawa Mortar itu mampu membawa sebuah mortar 81mm, 70 butir peluru mortar 81mm dan enam orang anggota tentera, bagi memudahkan mereka melaksanakan bedilan terhadap kedudukan musuh secara “shoot and scoot.”

Sistem RPG itu berkemungkinan adalah sistem pelancar RBR 7 yang dibangunkan oleh oleh sebuah syarikat berpengkalan di Trstenik di Republik Serbia iaitu, PTT Namenska.

Sistem pelancar RBR 7 ini diperbuat daripada besi, 960mm panjang, 40mm diameter dan berat keseluruhan adalah 7kg.

RPG

Rekabentuk sistem pelancar RBR 7 itu agak berlainan daripada pelancar RPG yang anggota tentera kita gunakan selama ini yang diperbuat oleh Pakistan Ordnance Factory (POF) daripada Pakistan.

Bagi peluru-peluru kemungkinan akan digunakan oleh pelancar RBR 7 itu, Kementerian Pertahanan dalam notis tender pada Jun tahun lepas menyatakan operator pengangkutan akan membawa balik 40mm Prefragmented Body HE Steel Bomb Round.

Peluru itu dipercayai dibekalkan oleh syarikat RomArm.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Selain itu, Tentera Darat hari ini turut mengumumkan bahawa ia telah menerima beberapa perolehan baru secara berperingkat sejak awal 2022 yang lalu bagi beberapa Kenderaan Jenis B (KJB), sistem persenjataan serta alat pelbagai.

Perolehan KJB melibatkan Heavy Expanded Mobility Tactical Truck – Multi Cargo Palletised (HEMTT – MCPLS), Trak 5 Tan dan 1 Tan GS Kargo, Trak 3 Tan GS Kargo (MALBATT), Kenderaan Penarik Meriam dan Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR).

Turut diterima ialah 98 unit Assault Boat yang boleh membawa maksimum 12 penumpang dalam satu masa. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...