Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Guna Pelancar RPG Buatan Serbia, Peluru Daripada Romania

Ia diketahui apabila Kementerian Pertahanan melalui notis tendernya pada 17 Jun yang mahu melantik operator pengangkutan (Multi-modal Transporter) yang akan bertanggungjawab membawa balik sistem pelancar dan peluru daripada Serbia dan Romania masing-masing.

0 12,649

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya unit-unit Tentera Darat Malaysia bakal dilengkapi dengan pelancar sistem Rocket-Propelled Grenade (RPG) yang diperbuat oleh sebuah syarikat Serbia manakala pelurunya pula daripada Romania.

Ia diketahui apabila Kementerian Pertahanan melalui notis tendernya pada 17 Jun yang mahu melantik operator pengangkutan (Multi-modal Transporter) yang akan bertanggungjawab membawa balik sistem pelancar dan peluru daripada Serbia dan Romania masing-masing.

Dalam notis tender disebut operator perlu membawa balik sistem pelancar RBR 7.

Pelancar RBR 7 ini dibangunkan oleh oleh sebuah syarikat berpengkalan di Trstenik di Republik Serbia iaitu, PTT Namenska.

Sistem pelancar RBR 7 ini diperbuat daripada besi, 960mm panjang, 40mm diameter dan berat keseluruhan adalah 7kg.

 

 

Notis di dalam tender menyebut:

Pakej 1 – Hand GrenadeLauncher with Sight RBR 7.

Specifications: Hand Grenade Launcher with Sight RBR7 Pengangkutan Udara. Daripada Lapangan Terbang yang berkenaan di Belgrade, Serbia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan terus ke destinasi akhir di 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja,Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur.

Rekabentuknya sistem pelancar RBR 7 itu agak berlainan daripada pelancar RPG yang anggota tentera kita gunakan selama ini yang diperbuat oleh Pakistan Ordnance Factory (POF) daripada Pakistan.

Bagi peluru-peluru yang kemungkinan akan digunakan oleh pelancar RBR 7 itu, Kementerian Pertahanan dalam notis tender itu menyatakan operator pengangkutan akan membawa balik 40mm Prefragmented Body HE Steel Bomb Round.

 

Peluru itu dipercayai dibekalkan oleh syarikat RomArm.

Notis di dalam tender menyatakan:

40mm Prefragmented Body HE Steel Bomb Round Pengangkutan Laut. Daripada Constanta Port, Romania ke Pelabuhan Klang, Selangor dan terus kedestinasi akhir di 93 Depot Pusat Peluru, KemMempaga, Bentong, Pahang. Rujuk Lampiran Q1 danLampiran A1-2 untuk maklumat terperinci.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...