Pesawat FA-50 Block 20 Guna Radar AESA Dibangun Hanwha Systems?
Satu ciri utama yang bakal dimiliki oleh pesawat FA-50 Block 20 Malaysia adalah ia akan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA), menjadikan ia pesawat pejuang pertama dalam inventori TUDM yang akan menggunakan radar AESA.
Jom follow Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana telah dimaklumkan beberapa hari lepas, Malaysia bakal memperolehi memperolehi pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 untuk memenuhi keperluannya bagi pesawat-pesawat FLIT/LCA.
Malaysia bakal menggunakan varian FA-50 Block 20 yang hampir sama dengan apa yang diperolehi oleh Poland, yang baru sahaja bersetuju untuk memperolehi pesawat pejuang ringan yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI).
Sumber itu juga mengatakan bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM itu akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.
Selain itu, sumber berkenaan juga mengesahkan kepada Defence Security Asia bahawa, pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.
Satu lagi ciri utama yang bakal dimiliki oleh pesawat FA-50 Block 20 Malaysia adalah radar Active Electronically Scanned Array (AESA).
Ia adalah pesawat pejuang pertama di dalam inventori TUDM yang akan menggunakan radar AESA kerana sebelum ini, tiada pesawat pejuang negara menggunakan radar AESA termasuk Su-30MKM yang menggunakan radar PESA (Passive Electronically Scanned Array).
Pesawat pejuang F/A-18D Hornet pula menggunakan radar AN/ APG-73.
Admin menjangkakan pesawat FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh Malaysia akan dilengkapkan dengan radar AESA yang sama sebagaimana digunakan oleh pesawat generasi 4.5 keluaran KAI sendiri iaitu “KF-21 Boramae”.

Ia adalah radar AESA yang dibangunkan sendiri oleh syarikat tempatan iaitu, Hanwha Systems dengan kerjasama Defense Acquisition Program Administration (DAPA) Korea Selatan.
Comments are closed.