Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Laksamana Hang Nadim Halang Pencerobohan Bot Nelayan Asing

KD LAKSAMANA HANG NADIM seterusnya melaksanakan tindakan pengusiran kesemua bot-bot nelayan asing dan kekal membayangi (shadow) mereka sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

0 1,859

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Percubaan 13 buah bot nelayan asing untuk menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Perak kira-kira 5.50 petang semalam berjaya digagalkan oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD LAKSAMANA HANG NADIM.

Pusat Operasi Armada (POA) Barat telah menerima maklumat dari Control Reporting Center (CRC) Kuantan menerusi pesawat CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tentang kehadiran 13 bot nelayan asing di kedudukan 65 batu nautika Tenggara Pulau Perak.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM, maklumat berkenaan kehadiran bot-bot nelayan asing itu lantas disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut.

Hang Nadim
(TLDM)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Hang Nadim
(TLDM)

 

Bertindak menerusi maklumat yang disalurkan itu, kapal KD LAKSAMANA HANG NADIM yang sedang dalam penugasan Op BENTENG LAUT telah diatur-gerak ke kedudukan bot-bot nelayan asing.

Setiba di lokasi, KD LAKSAMANA HANG NADIM telah berjaya mengesan kedudukan kesemua 13 buah bot nelayan asing di posisi tersebut.

KD LAKSAMANA HANG NADIM seterusnya melaksanakan tindakan pengusiran kesemua bot-bot nelayan asing dan kekal membayangi (shadow) mereka sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

Hang Nadim
(TLDM)

 

Sekali lagi, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas oleh kesemua agensi maritim negara berjaya mematahkan tindakan unsur-unsur yang melanggar undang-undang atau menceroboh kedaulatan periaran negara.

ATM tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara. Sehubungan itu, TLDM akan sentiasa memperkasakan rondaan di perairan negara dalam usaha memastikan kedaulatan dan khazanah negara kekal selamat dan terpelihara.

Sebenarnya banyak kes pencerobohan bot-bot nelayan Indonesia di kawasan perairan di antara Pulau Jarak dan Pulau Perak.

Hang Nadim
Gambar lama kapal KD Laksamana Hang Nadim ketika ia masih dilengkapi dengan peluru berpandu.

 

Pulau Perak ini adakah kawasan perlindungan marin, bermakna khazanah marinnya adalah amat berharga.

Malah APMM dilaporkan  berkata, di antara bulan Mac hingga Nov 2020 pihaknya telah mengusir kira-kira 200 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di Pulau Jarak. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...