Amerika Bakal Hilang 900 Pesawat Dlm Konflik Di Taiwan, Kemusnahan China Lagi Teruk
"Antara senario didapati oleh badan pemikir antarabangsa itu adalah, konflik tersebut akan mengakibatkan Amerika Syarikat kehilangan kira-kira 900 buah pejuang dalam tempoh empat minggu konflik di antara Amerika Syarikat dan China di Selat Taiwan, " kata Centre for Strategic and International Studies (CSIS).
Jom folo Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Badan pemikir antarabangsa berpengkalan di Amerika Syarikat, Centre for Strategic and International Studies (CSIS) telah melakukan simulasi peperangan di Selat Taiwan sekiranya konflik bersenjata tercetus di antara Amerika Syarikat dan China akibat pencerobohan Beijing terhadap Taiwan.
Apa yang didapati oleh badan pemikir antarabangsa itu adalah, peperangan yang berlaku itu adalah amat sengit dan bakal mengakibatkan kemusnahan yang besar terhadap tentera Amerika Syarikat dan China.
“Antara senario didapati oleh badan pemikir antarabangsa itu adalah, konflik tersebut akan mengakibatkan Amerika Syarikat kehilangan kira-kira 900 buah pejuang dalam tempoh empat minggu konflik di antara Amerika Syarikat dan China di Selat Taiwan, ” kata CSIS.

Walaupun Amerika Syarikat akan mengalami kemusnahan yang besar daripada segi aset-aset tenteranya, namun kemusnahan yang dialami oleh tentera China adalah jauh lebih tinggi berikutan daripada konflik itu, kata penasihat kanan CSIS Mark Cancian.
“Berita baik selepas konflik ketenteraan di antara Amerika Syarikat dan China adalah, Taiwan akan kekal menjadi pulau yang bebas (China gagal menakluk dan menjadikannya sebahagian daripada negaranya),” katanya Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Taiwan terpaksa “membayar harga yang tinggi” untuk memastikan ia terus bebas daripada China.
“Harga yang tinggi” itu termasuklah Amerika Syarikat kehilangan ratusan pesawat pejuang, kapal pengangkut pesawat, kapal perang serta kemusnahan terhadap ekonomi Taiwan.
Kemusnahan yang dialami oleh aset-aset tentera laut dan udara China kata penganalisis terbabit juga adalah jauh lebih tinggi daripada dialami oleh musuh-musuhnya, selain ekonominya merudum teruk.

Penasihat kepada CSIS itu menyatakan bahawa armada tentera laut China mengalami kemusnahan yang amat teruk kerana “ia terdedah” kepada serangan, sambil meramalkan bahawa tentera laut negara itu kehilangan kira-kira 100 buah kapal perang dalam operasi amfibia di Taiwan.
Comments are closed.