Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Su-30MKM TUDM Hadapi “Isu Penyelenggaraan Yang Rendah”?

Apa yang menarik di dalam kenyataan oleh Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) hari ini adalah -- ia mengatakan bahawa pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM sedang berhadapan dengan “isu-isu penyelenggaran yang rendah” akibat konflik di antara Russia dan Ukraine pada ketika ini.

0 8,484

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini, dilaporkan bahawa syarikat Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) yang cuba menjual pesawat ‘Tejas” kepada Malaysia, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan sebuah pejabat di Kuala Lumpur.

MoU itu ditandatangani di antara HAL dengan syarikat Forte Drus yang merupakan wakil HAL di Malaysia.

Menurut kenyataan yang diperolehi dari laman web HAL hari ini, pejabat itu akan membantu HAL dalam mengambil peluang perniagaan baru untuk program Fighter Lead In Trainer (FLIT) TUDM dan lain-lain termasuk berkenaan Sukhoi Su-30MKM dan menaiktaraf pesawat-pesawat Hawk.

TUDM
Pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM (gambar kredit Bernama)

 

Namun, apa yang menarik di dalam kenyataan oleh HAL hari ini adalah — ia mengatakan bahawa pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM sedang berhadapan dengan masalah “isu-isu penyelenggaran yang rendah” akibat konflik di antara Russia dan Ukraine pada ketika ini.

“Sebagai salah satu pengeluar terbesar pesawat Su-30 buatan Russia, HAL mempunyai kemampuan untuk memberikan sokongan yang diperlukan kepada pesawat Su-30MKM milik TUDM yang sedang berhadapan dengan isu penyelenggaraan yang rendah akibat konflik Russia-Ukraine,” menurut kenyataan itu.

(Further, being one of the largest producer of Russian origin Su-30 aircraft, HAL has capabilities to extend the required support to RMAF for Su-30 MKM fleet which is facing low serviceability issues due to ongoing Russia-Ukraine crisis)

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM melancarkan peluru berpandu KH-31A.

 

Admin tidak pasti sama ada terdapat kebenaran di sebalik kenyataan oleh HAL bahawa pesawat-pesawat Su-30MKM milik TUDM mengalami isu/masalah “low serviceability issues” berpunca daripada konflik di antara Russia dan Ukraine.

Tetapi mungkin terdapat kemungkinannya kerana Amerika Syarikat dan negara-negara Barat telah mengenakan sekatan ekonomi yang ketat terhadap industri pertahanan Russia dan syarikat-syarikat negara itu.

Negara pengguna sistem persenjataan buatan Russia sememangnya dijangkakan akan berhadapan dengan kesukaran mendapatkan bekalan alatganti daripada negara itu selepas sekatan ekonomi terhadap Moscow diperketatkan.

 

HAL
HAL buka pejabat di Malaysia.

 

Walauapapun, admin berpandangan HAL tidak sepatutnya menyatakan perkara berkenaan tentang pesawat Su-30MKM TUDM itu. 

Pada Mac lepas, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata,  syarikat Aerospace Technology Systems Corp Sdn Bhd (ATSC) memiliki stok alat ganti yang mencukupi bagi pesawat-pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM digunakan oleh TUDM.

Beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa stok alat ganti pesawat Su-30MKM yang dimiliki oleh syarikat terbabit cukup untuk menampung keperluan operasi pesawat itu selama dua tahun.

Tejas
Tejas

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Syarikat terlibat seperti ATSC telah mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai keuipayaan untuk menguruskan penyelenggaraan pesawat Sukhoi (Su-30MKM yang digunakan oleh TUDM) dan mempunyai stok alat ganti untuk pesawat berkenaan selama dua tahun.

“Isu Ukraine dan Russia tidak akan menjejaskan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia,” kata beliau di Dewan Rakyat. — DSA

 

Comments
Loading...