TD Mungkin Diberi UAV Percuma Hasil Pembelian “Yavuz” 155mm 52 Cal
Sumber yang mengesahkan kepada Defence Security Asia berkata, Tentera Darat berkemungkinan akan diberikan secara percuma 18 buah pesawat tanpa pemandu taktikal hasil daripada keputusanya untuk memperolehi sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal itu.
Jom folo Twitter, Telegram, Facebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagai sebahagian daripada pakej pembelian 18 buah meriam bergerak (self-propelled howitzer) “Yavuz” 155mm 52 cal buatan syarikat Turki, Tentera Darat berkemungkinan besar akan diberikan secara percuma sejumlah pesawat tanpa pemandu taktikal (tactical unmanned aerial vehicle – TUAV) untuk digunakan bersama-sama oleh sistem artilleri itu bergerak itu.
Sumber yang mengesahkan perkara itu kepada Defence Security Asia berkata, Tentera Darat berkemungkinan akan diberikan secara percuma 18 buah pesawat tanpa pemandu taktikal hasil daripada keputusannya untuk memperolehi sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal itu.
Sistem meriam bergerak “Yavuz” itu dibangunkan oleh syarikat gergasi pertahanan Turki, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş (MKE).

“Tentera Darat dicadang menerima secara percuma sembilan buah sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu. Setiap satu sistem terdiri daripada dua buah pesawat tanpa pemandu, menjadikan keseluruhannya 18 buah pesawat tanpa pemandu beserta peralatan-peralatan sokongan yang lain.”
“Sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu akan digandingkan dengan “Yavuz” bagi memastikan sistem meriam bergerak itu dapat menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan,” kata sumber terbabit kepada Defence Security Asia.
Menurut sumber itu lagi, sistem pesawat tanpa pemandu taktikal “Yavuz” 155mm 52 cal itu bakal dilengkapi dengan “fire control system” (FCS) bagi membolehkan ia melaksanakan misinya dengan berkesan.
Antara tugas-tugas utama yang bakal dilaksanakan oleh sistem pesawat tanpa pemandu taktikal itu adalah mendapatkan koordinat-koordinat sasaran dengan lebih tepat dan pantas, disamping melaksanakan “battle damage assessment” selepas serangan dilakukan.
Konflik Russia-Ukraine pada ketika ini menyaksikan kedua-dua pihak terutamanya Kiev menggunakan pesawat tanpa pemandu bersama-sama bateri sistem artillerinya bagi memastikan mereka mempunyai “eyes in the sky” untuk mengenalpasti dan membedil sasaran-sasaran di darat dengan lebih tepat.
“Sistem pesawat tanpa pemandu yang bergandingan dengan sistem artilleri akan membolehkan pengendali mengesan sasaran-sasaran yang cuba berselindung di bukit-bukit, di bangunan atau bawah-bawah pokok.”
Comments are closed.