70 Krew Kapal Selam China Maut Pada 2003, Apa Yang Berlaku?
Ketika kejadian, kapal selam yang malang itu sedang melaksanakan latihan anti-kapal selam yang berbahaya dipanggil "silent running" di kawasan perairan berhampiran Pulau Changshan di Laut Kuning, di antara Korea Utara dengan Wilayah Shandong di China.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 25 April 2003, sekumpulan nelayan China yang sedang menangkap ikan terjumpa periskop di tengah-tengah lautan dan melaporkannya kepada pihak tentera negara itu yang kemudiannya menghantar dua buah kapal perangnya untuk memeriksa periskop yang akhirnya dipastikan adalah milik sebuha kapal selam negara itu.
Pada mulanya, Tentera Laut China menjangkakan bahawa periskop itu adalah milik sebuah kapal selam musuh, sama ada kapal selam daripada Korea Selatan atau Jepun yang sedang di dalam misi perisikan di dalam perairan China.
Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mereka amat terperanjat apabila mendapati periskop itu dimiliki oleh kapal selam mereka sendiri iaitu kapal selam kelas-Ming dengan nombor pengenalan “361.”

Kapal selam kelas-Ming ini adalah kapal selam berteknologi lama yang direkabentuk berdasarkan rekabentuk kapal selam kelas-Romeo Russia.
Pemeriksaan lanjut terhadap kapal selam yang tersadai di tengah-tengah lautan itu lebih telah membawa penemuan yang menyedihkan selepas mereka telah menemui jasad 70 krew kapal selam diesel/elektrik itu termasuk seorang pegawai kanan tentera laut negara itu dikenali dengan nama Komodor Chen Fuming.
Insiden membabitkan kapal selam kelas-Ming “361” itu adalah di antara insiden terbesar membabitkan tentera China pada waktu aman.
Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai insiden itu masih tidak diketahui memandangkan negara China “amat berahsia” tentang apa yang berlaku di dalam angkatan tenteranya terutama yang melibatkan insiden-insiden kemalangan membabitkan anggotanya.
Diberitakan, selain membawa krew biasanya, kapal selam itu turut membawa 13 pelatih daripada akademi tentera laut China.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar China, ketika kapal selam itu sedang menjalani latihan di perairan Pulau Changshan di Laut Kuning, kapal selam “361” itu telah mengalami masalah mekanikal sehingga menyebabkan ia kehilangan kuasanya.
Apa yang diketahui adalah, ketika kejadian, kapal selam yang malang itu sedang melaksanakan latihan anti-kapal selam yang berbahaya di kawasan perairan berhampiran Pulau Changshan di Laut Kuning di antara Korea Utara dengan Wilayah Shandong di China.
Comments are closed.