Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Korea Selatan Lancar Kapal Pemusnah Paling Beratnya

Full-load kapal pemusnah terbaru Tentera Laut Korea Selatan dinamakan "Jeongjo The Great" ini boleh pergi sehingga 10,000 tan, manakala panjang kapal pula adalah 170 meter, krew seramai 300 orang dan kelajuan kapal pula adalah 30 knot.

4,776

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Korea Selatan telah melancarkan kapal pemusnah (destroyer) paling beratnya baru-baru ini, yang dinamakan “Jeongjo The Great” dengan berat mencecah 8,200 tan (light displacement) dan dilengkapi dengan sistem kombat AEGIS.

Full-load kapal pemusnah terbaru Tentera Laut Korea Selatan ini boleh pergi sehingga 10,000 tan, manakala panjang kapal pula adalah 170 meter, krew seramai 300 orang dan kelajuan kapal pula adalah 30 knot.

Memang trend di negara-negara Asia Timur seperti Jepun, China, Korea Selatan pada ketika ini adalah kapal-kapal pemusnahnya memiliki berat lebih daripada 10,000 tan.

Jeongjo
“Jeongjo The Great”

 

Kapal pemusnah Type 055 Tentera Laut China memiliki berat 12,000 manakala manakala rekod kapal pemusnah terberat pada ketika dipegang oleh USS Zumwalt dengan berat 15,000 tan.

Kapal pemusnah kelas-Arleigh Burke Tentera Laut Amerika Syarikat juga sekitar 7,000-8,000 tan beratnya.

Dibina oleh syarikat Hyundai Heavy Industries di Ulsan, kapal pemusnah terbaru Tentera Laut Korea Selatan “Jeongjo The Great” itu adalah kapal pertama daripada tiga buah kapal pemusnah yang dibina di bawah projek KDX-III Batch-II.

Kapal pemusnah “Jeongjo The Great” mula dibina pada 2019 dan kapal kedua serta ketiga daripada kelas yang sama akan dilancar pada 2024 dan 2026 bagi menambah tiga buah kapal perang pemusnah yang dimiliki oleh Tentera Laut Korea Selatan ketika ini.

Tiga buah kapal pemusnah sedia ada Tentera Laut Korea Selatan adalah seberat 7, 600 tan dan dinamakan “Sejong The Great”, “Yulgok Yii” dan “Seoaeryu Seongyong.”

Jeongjo
“Jeongjo The Great”

 

Ketiga-tiga buah kapal pemusnah di bawah projek KDX-III Batch-II itu dibina dengan kos US$3.3 bilion (RM13.2 bilion) dengan ketiga-tiga kapal dengan berat 8,200 tan itu siap dibina di dalam tempoh lapan tahun (2019-2026).

Kapal “Jeongjo The Great” dan dua buah kapal pemusnah daripada kelas yang sama itu akan dilengkapi dengan sistem kombat yang boleh mengesan dan membidik sasaran pada kedudukan yang lebih jauh serta kemampuan peluru berpandu anti-ballistik di dalam bentuk sistem “SM-3 Block 1B” yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon.

Kapal itu akan memiliki peluru berpandu SM-2 Block IIIB dan kemungkinan peluru berpandu pelbagai misi SM-6 yang berkemampuan melaksanakan misi-misi Fleet Air Defense, Sea-Based Terminal Defense dan Anti-Surface Warfare.

Type 055
Type 055 Tentera Laut China.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ia juga akan membawa sistem peluru berpandu K-SAAM (Korea Surface To Air Anti Missile).

Tiga buah kapal pemusnah di bawah projek KDX-III Batch-II akan dilengkapi dengan 88 buah silo-silo lancaran menegak (vertical launch system) untuk melancarkan pelbagai peluru berpandu.

Mengenai kemampuan sistem radarnya, ketiga-tiga buah kapal pemusnah terbaru Tentera Laut Korea Selatan itu akan dilengkapi dengan  AN/SPY-1D(V) multi-function radar dan sistem combat AEGIS yang dibangunkan oleh firma Lockheed Martin. — DSA

 

Comments are closed.