Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Pertahanan Udara “NASAM” Bakal Diuji Di Ukraine

Sistem pertahanan udara NASAM itu dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg Defence and Aerospace dengan kerjasama syarikat Amerika Syarikat, Raytheon dan ia turut ditawarkan kepada Malaysia bagi program perolehan Medium Range Air Defence System (MERAD).

0 1,642

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Berdepan dengan “kemusnahan” yang dialami oleh sistem pertahanan udaranya akibat serangan udara Russia, Ukraine akan diberikan sistem pertahanan udara moden “Norwegian Advanced Surface to Air Missile System” (NASAM) untuk mempertahankan ruang udaranya.

Sistem pertahanan udara NASAM itu dibangunkan oleh firma pertahanan Norway, Kongsberg Defence and Aerospace dengan kerjasama syarikat Amerika Syarikat, Raytheon dan ia turut ditawarkan kepada Malaysia bagi program perolehan Medium Range Air Defence System (MERAD).

Mungkin Tentera Udara Diraja Malaysia (sebagai operator sistem MERAD Malaysia) boleh menggunakan prestasi NASAM di Ukraine sebagai kayu pengukur dalam membuat keputusan tentang sistem MERAD apakah yang perlu diperolehi oleh kita.

NASAM
Peluru berpandu AMRAAM yang digunakan oleh Sistem Pertahanan Udara “NASAM”

 

Ukraine dikatakan memiliki 100 bateri sistem pertahanan udara S-300 tetapi ia gagal menangani serangan udara pesawat pejuang Russia, menyebabkan beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat bertindak sistem pertahanan udara buatan negara Barat.

Selain NASAM, Jerman juga dikatakan sedang di dalam proses menghantar sistem pertahanan udara IRIS-T SL M (Surface Launched Medium) yang direkabentuk dan dibangunkan oleh syarikat Jerman, Dielhl BGT Defence untuk mempertahankan ruang udara Ukraine.

Sistem pertahanan udara jarak sederhana yang dibangunkan oleh syarikat Jerman itu boleh menangani apa-apa ancaman udara sehingga jarak maksimum 40km.

Tujuh minggu selepas serangan Russia terhadap Ukraine bermula pada Februari lepas, pemerhati pertahanan Barat mengenalpasti sekurang-kurangnya 21 daripada 100 buah bateri sistem pertahanan udara S-300 milik Ukraine telah berjaya dimusnahkan oleh pesawat-pesawat pejuang Russia.

Kini sudah memasuki bulan Julai, tidak tahu berapa banyak bateri S-300 milik Ukraine yang masih lagi tinggal untuk mengawasi ruang udara negara itu.

S-300
Sistem Pertahanan Udara S-300

 

Dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi kawalan ruang udara Ukraine, Amerika Syarikat pada Jumaat lepas mengumumkan ia akan menghulurkan bantuan ketenteraan bernilai US$820 juta kepada negara Eropah Timur.

Bantuan ketenteraan oleh Washington itu turut meliputi sistem pertahanan udara NASAM dan radar pengesan tembakan artilleri serta kira-kira 150,000 peluru meriam 155mm yang disalurkan di bawah Ukraine Security Assistance Initiative.

Selain itu bantuan ketenteraan itu berjumlah US$50 juta juga akan digunakan untuk membekalkan lebih banyak roket-roket sistem High Mobility Artillery Rocket Systems (HIMARS) kepada Ukraine.

Tentera Ukraine dikatakan telah menggunakan sistem HIMARS dengan berkesan terhadap pusat-pusat kawalan dan pemerintahan Russia.

Sistem pertahanan udara NASAM adalah sebahagian daripada sistem pertahanan udara NATO dan turut digunakan oleh Amerika Syarikat untuk mempertahankan Rumah Putih dan Pentagon daripada sebarang ancaman udara.

S-300
Sistem pertahan udara S-300 Ukraine yang dimusnahkan oleh Russia.

 

Apa yang menarik tentang sistem pertahanan udara jarak sederhana NASAM ini adalah ia menggunakan peluru berpandu AMRAAM (Advance Medium Range Air-To-Air-Missile) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon.

Ia adalah peluru berpandu yang sama digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang termasuk oleh F/A-18D Hornet TUDM.

Dalam satu unit standard NASAM, ia akan terdiri daripada FDC Fire Distribution Center, radar aktif 3D  AN/MPQ64F1 Sentinel, penderia pasif electro-optic and infra-red dan beberapa kanister peluru berpandu AMRAAM.

himars
Sistem HIMARS

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Engagement mode bagi sistem NASAM adalah sejauh 180km.

Pada ketika sistem pertahanan udara NASAM turut digunakan oleh Indonesia dan Australia. — DSA

Comments
Loading...