Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Manafaat Komunikasi, Siber Elektromagnetik Menerusi MEASAT-3d

Kehadiran delegasi ATM pada pelancaran satelit MEASAT-3d adalah di bawah obligasi Program Ofset Kontrak The Lease of Secure Satellite Communication Channel for Malaysian Armed Forces bersama Firma Airbus Defense & Space yang telah dimulai dengan lawatan ke Pameran Pertahanan dan Keselamatan terkemuka dunia iaitu Eurosatory 2022. 

0 2,939

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Delegasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Bahagian Siber dan Elekromagnetik Pertahanan (BSEP) telah diberi peluang menyaksikan pelancaran Malaysia East Asia Satellite (MEASAT-3d) di Kouru, French Guyana, Amerika Selatan.

Satelit berkenaan yang dilancarkan pada  jam 6.50 petang waktu tempatan, 22 Jun 2022 (5.50 pagi waktu Malaysia).

Menurut ATM dalam kenyataan menerusi akaun FB miliknya, delegasi ATM diketuai oleh Ketua Pengarah Siber & Elektromagnetik Pertahanan (KP SEP), Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin yang turut berpeluang melawat tapak pelancaran  sebelum MEASAT-3d berkenaan dilancarkan.

Measat

Turut menyertai beliau adalah Pegawai Memerintah Rejimen Operasi Strategik, Markas Operasi Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (MOSEP-ROS), Komander Hj Hazhari bin Hj Hashim TLDM dan 4 pegawai serta anggota MOSEP-ROS.  

Kehadiran mereka adalah di bawah obligasi Program Ofset Kontrak The Lease of Secure Satellite Communication Channel for Malaysian Armed Forces bersama Firma Airbus Defense & Space yang telah dimulai dengan lawatan ke Pameran Pertahanan dan Keselamatan terkemuka dunia iaitu Eurosatory 2022. 

Pameran yang berlangsung pada 15 Jun 2022 lalu di Paris-Nord Villepinte Exhibition Centre telah memberi peluang kepada delegasi berkenaan untuk melihat keupayaan teknologi dan peralatan terkini serta berinteraksi dan bertukar pandangan terutama informasi berkaitan Sistem Komunikasi Satelit dan Siber Elektromagnetik.

Pada masa yang sama, delegasi turut dijemput oleh pihak Airbus Defense & Space untuk melihat fasiliti teknologi angkasa Airbus di Paris dan Toulouse termasuk lawatan di Satellite Assembly, Integration and Testing (AIT), Clean Room yang berperanan penting dalam pembangunan, pembinaan, ujian satelit dan teknologi angkasa lepas serta Satellite Operations Centre (SOC). 

Sepanjang aktiviti ini, wakil firma telah memberikan penerangan secara terperinci bagaimana sesebuah satelit komunikasi dibina dan diuji bagi memastikan ianya dapat beroperasi dengan baik di dalam ‘extreme environment’ di angkasa lepas. 

Measat

Mereka turut diberi penerangan berkenaan Jupiter Icy Moons Explorer (JUICE) iaitu interplanetary spacecraft yang sedang dibangunkan Agensi Angkasa Eropah (ESA) bersama Firma Airbus Defence and Space. 

Kesempatan ini turut menjadi ruang kepada kedua-dua pihak dalam berbincang serta bertukar pandangan mengenai keupayaan satelit komunikasi MEASAT 3d dan peperangan elektronik yang telah dan sedang dibangunkan oleh pihak Airbus dan bagaimana ianya boleh dimanfaatkan oleh pihak ATM sepenuhnya.

MEASAT-3d yang dilancar menggunakan roket pelancar Arianespace Ariane 5 dilengkapi dengan beberapa jalur komunikasi untuk menyokong keperluan semasa dan akan datang. Selain C-Band dan Ku-Band yang biasa digunakan untuk servis direct-to-home (DTH), telekomunikasi dan penghantaran video, MEASAT-3d turut menawarkan Satelit Berkapasiti Tinggi (High-Throughput Satellite – HTS) Ka-Band. 

Keupayaan ini membolehkan broadband satelit mencapai kapasiti sehingga 100 Mbps berbanding hanya 30 Mbps pada masa kini.

measat

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Ketua Pegawai Operasi Measat Global Berhad, Yau Chyong Lim berkata kejayaan pelancaran Measat-3d adalah hasil kerjasama baik antara syarikat berkaitan dan ia masih perlu menjalani beberapa ujian selama 30 hari selepas dilancarkan untuk memastikan ia benar-benar berjaya serta berfungsi dengan baik.

Sesungguhnya penglibatan delegasi ATM ini telah memberi manfaat yang besar kepada ATM sendiri di dalam meneruskan kelestarian pembangunan sumber manusia dan aspek komunikasi satelit serta domain Siber Elektromagnetik.

Pada masa yang sama ia juga seiring dengan keperluan yang digariskan dalam teras kedua, ketiga dan keempat Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM iaitu Memperkasa Warga Angkatan Tentera Malaysia Yang Cemerlang, Mengukuhkan Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia dalam Domain Siber dan Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan. — DSA

 

Comments
Loading...