Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ATM Tubuh Bahagian Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP)

0 1,387

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Afendi Buang telah menyempurnakan  Bahagian Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) bagi menangani peningkatan cabaran dan ancaman keselamatan masa  yang boleh dipengaruhi serta boleh disalah guna melalui kemajuan teknologi komunikasi maya.

“Penubuhan BSEP merupakan bukti kesediaan dan kesungguhan ATM untuk berdepan ancaman domain siber dan eletromagnetik.

elektronik
Gambar kredit page FB Tentera Darat

“Kesemua perlaksanaan aktiviti domain siber dan elektromegnetik akan disatukan di bawah naungan BSEP,” katanya pada majlis pelancaran BSEP di Auditorium Binary, Kompleks Haigate Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini.

BSEP juga bertindak sebagai leading agency di peringkat ATM dan Kementerian Pertahanan, dalam mengkoordinasikan semua perkara berkaitan domain siber dan elektromagnetik. Dengan ini, aspek perintah dan kawalan (command and control) BSEP akan dilihat lebih tersusun, terkawal dan berjalan dengan lebih lancar.

elektromagnetik
Gambar kredit page FB Tentera Darat

BSEP akan diketua oleh Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin yang akan bertindak sebagai ketua pengarahnya.

Evolusi penubuhan BSEP turut membuktikan bahawa ATM sentiasa komited melaksanakan pembangunan keupayaan pertahanan di dalam domain siber dan elektromagnetik.

Menyedari peningkatan cabaran persekitaran operasi yang boleh dipengaruhi dan boleh disalah guna melalui kemajuan teknologi komunikasi maya, ATM telah diberi tanggungjawab untuk memenuhi kehendak bagi menyediakan kekuatan pertahanan yang relevan seiring dengan ancaman semasa yang semakin kompleks.

elktromagnetik
Gambar kredit page FB Tentera Darat

Secara tidak langsung, penubuhan BSEP merupakan komitmen ATM kepada kesediaan dan kesiagaan dalam mendepani cabaran serta ancaman siber yang berbentuk defensif dan ofensif.

 — DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...