Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Ninja”, Senjata Khusus Untuk “Black Ops” CIA

“Ninja” atau secara teknikalnya dipanggil “AGM-114R9X” merupakan varian peluru berpandu “Hellfire” yang khusus untuk misi-misi hitam atau “Black Ops” kelolaaan CIA.

0 1,140

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak perisikan Amerika Syarikat, Central Intelligence Agency (CIA) mempunyai senjata rahsia mereka sendiri dipanggil “Ninja” untuk memastikan musuh-musuh yang telah dikenalpasti terutamanya pemimpin kumpulan pengganas  “disenyapkan” buat selama-lamanya.

“Ninja” atau secara teknikalnya dipanggil “AGM-114R9X” merupakan varian peluru berpandu “Hellfire” yang telah diubahsuai untuk misi-misi hitam atau “Black Ops” kelolaaan CIA.

Selain CIA, peluru berpandu “Ninja” itu turut digunakan oleh Pemerintah Bersama Pasukan Operasi Khas Tentera Amerika Syarikat.  

Ninja

Pada tahun 2019, satu laporan yang terperinci telah dikeluarkan berkenaan penggunaan peluru berpandu rahsia dipanggil “Ninja” ini.

Peluru berpandu yang sehingga kini dirahsiakan kewujudannya oleh pihak Amerika Syarikat dipercayai telah dibangunkan seawal 2011  ketika negara itu dibawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Selama beberapa tahun, peluru berpandu dipanggil “Ninja” itu telah digunakan oleh dron-dron “Predator” untuk membunuh pemimpin dan anggota kanan kumpulan-kumpulan militan yang dikategorikan sebagai “High Value Target” daripada di Iraq, Syria, Somalia, Yemen, Afghanistan dan lain-lain lokasi konflik.

Pihak keselamatan Amerika tidak pernah mengesahkan atau menafikan kewujudan peluru berpandu “Ninja” itu, walaupun kewujudannya dikalangan komuniti keselamatan antarabangsa adalah “open secret” (rahsia terbuka)

Ninja

Ok, apa yang diketahui tentang peluru berpandu rahsia ini.

Antara elemen penting peluru berpandu “Ninja” ini tidak menggunakan sebarang peledak (explosive) atau sedikit sahaja bahan peledak, sebaliknya menggunakan kuasa kinetik peluru berpandu dan enam bilah kipas (blades) untuk membunuh sasarannya.

Ketiadaan bahan peledak itu adalah untuk mengelak sebarang collateral damage (kerosakan kawasan sekitar) ketika peluru berpandu itu mengenai sasaran “High Value Target” terutamanya ketika berada di kawasan berpenduduk padat.

Orang awam di sekeliling yang tidak bersalah tidak akan mengalami sebarang kecederaan atau kematian apabila peluru berpandu “Ninja” membedil sasaran.

Menurut pegawai tentera Amerika Syarikat,  peluru berpandu “Ninja” itu amat tepat dan tidak menyebabkan “collateral damage”.

Ninja

Menurut beliau, peluru berpandu itu mampu membunuh pemandu kenderaan tanpa menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang disebelahnya.

Menurut pemerhati, satu contoh adalah bedilan yang disasarkan terhadap High Value Target dikenali dengan nama Jamel Ahmed Mohammed Ali al-Badawi.

Beliau dikenalpasti oleh CIA sebagai anggota militan Al-Qaeda yang bertanggungjawab merancang pengeboman kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Cole pada Oktober 2000.

Dalam kejadian pada Januari 2019 itu, Jamel sedang memandu di Yemen seorang diri apabila peluru berpandu “Ninja” dilancarkan oleh dron “Predator” Amerika Syarikat merobek kenderaan dipandunya dan beliau sendiri.

Ninja
Salah sebuah kenderaan yang menjadi sasaran peluru berpandu “Ninja” di Timur Tengah.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Tinjauan dilokasi kejadian sejurus selepas kejadian menunjukkan tiada sebarang kesan terbakar pada kenderaan terbabit atau keadaan sekitar, yang membuktikan penggunaan peluru berpandu “Ninja” terhadap Jamel.

Apa yang adalah bumbung kenderaan dinaikinya itu “berlubang.”

Satu lagi ciri penting peluru berpandu “Ninja” ini adalah, ia dikatakan dilengkapi dengan enam bilah kipas (blades) bertujuan untuk memudahkan lagi usaha merobek kenderaan atau bangunan dimana sasaran penting itu berada.

Enam bilah kipas itu dikatakan terkeluar daripada badan peluru berpandu itu beberapa saat sebelum “Ninja” menghentam sasarannya.

Memang tujuan enam bilah kipas itu adalah untuk “mencincang” sasaran tersebut. — DSA

 

 

Comments
Loading...