China Beriya-Iya Mahu Jual Hongdu L-15, Tetapi Usahanya “Dipandang Sepi”
Sejak tahun 2006 itu, hanya negara Afrika iaitu Zambia menjadi pelanggan luar tunggal yang menggunakan pesawat L-15 buatan China itu apabila ia membeli enam buah pesawat terbabit dengan pesawat pertama diterimanya pada 2016. China juga cuba tarik perhatian Malaysia dengan pesawat L-15 ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun telah diperkenalkan kepada dunia seawal tahun 2006, namun pesawat Hongdu L-15 yang dibangunkan oleh China dilihat kurang berjaya dalam menarik perhatian pembeli, selain Tentera Udara China yang menggunakan kira-kira 100 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) itu serta Zambia yang membelinya dalam jumlah yang kecil.
Sejak tahun 2006 itu, hanya negara Afrika iaitu Zambia menjadi pelanggan luar tunggal yang menggunakan pesawat L-15 buatan China itu apabila ia membeli enam buah pesawat terbabit dengan pesawat pertama diterimanya pada 2016.
“Banyak yang telah berubah sejak pesawat L-15 ini diperkenalkan kepada khalayak umum pada 2009, Kini dengan rekabentuknya yang aerodinamik serta kemampuan avionik, pesawat ini memberikan keupayaan pesawat pejuang sebenar,” menurut pegawai daripada China National Aero-Technology Import and Export Technology (CATIC) kepada portal pertahanan antarabangsa, Breaking Defense ketika pameran Dubai Air Show 2021.
Antara peningkatan terbaru yang dilakukan terhadap pesawat L-15 itu adalah sistem perancangan latihan dan misi yang termaju, selain dilengkapkan dengan meriam 23mm, small diameter bomb, peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat dan sederhana serta bom panduan laser seberat 250kg dan 500kg.
Pesawat L-15 ini direkabentuk untuk memberikan latihan kepada lanjutan kepada juruterbang-juruterbang pesawat pejuang generasi ke-4 dan ke-5, selain melaksanakan misi-misi kombat seperti air combat, air strike, air reconnaissance dan Forward Air Control missions.

Kegagalan China menarik lebih banyak pelanggan untuk menggunakan pesawat FLIT/LCA “L-15” selain daripada Tentera Udara Zambia tidak menghalang negara itu daripada mencuba nasib di rantau Asia Tenggara pula.
CATIC telah disahkan sebagai salah satu pembida yang menyertai tender Kementerian Pertahanan untuk perolehan 18 buah pesawat FLIT/LCA untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
TUDM dijangka memperolehi 18 lagi buah pesawat FLIT/LCA pada peringkat kedua perolehan, membawa bilangan keseluruhan pesawat itu yang bakal dibeli oleh Malaysia kepada 36 buah untuk menggantikan pesawat-pesawat Hawk 108 dan 208 serta Aermacchi MB-339CM.
Laporan media tempatan menyebut bahawa China dijangka akan mengemukakan tawaran yang amat menarik kepada Malaysia untuk memastikan pesawat-pesawatnya iaitu L-15 dan J-17 menjadi pilihan dalam tender Kementerian Pertahanan itu.

Pesawat L-15 itu telah dibangunkan oleh , Hongdu Aviation Industry Group Ltd (HAIG) manakala bagi pesawat J-17 “Thunder” pula telah dibangunkan oleh Pakistan Aeronautical Complex/Chengdu Aircraft Industry Group.
Comments are closed.