Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bakal Dedah Pesawat Pengebom Strategik Terbaru “B-21 Raider”

Dijangkakan beberapa bulan selepas dipertontonkan kepada awam pada tahun depan itu, pesawat pengebom B-21 Raider yang berkemampuan mengugurkan bom-bom konvensional dan thermonuclear itu akan melakukan penerbangan sulungnya.

0 3,252

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas beberapa tahun pembangunannya dirahsiakan, pada tahun depan, tentera udara Amerika Syarikat buat pertama kalinya akan memperkenalkan kepada awam pesawat pengebom jarak jauh dan strategiknya yang terbaru, di namakan “B-21 Raider.”

Pesawat pengebom itu mula dibangunkan pada tahun 2014-2015 dalam tahap kerahsiaan yang amat tinggi bagi mengelak musuh mengetahui tentang rekabentuk serta keupayaannya.

Dijangkakan beberapa bulan selepas dipertontonkan kepada awam pada tahun depan itu, pesawat pengebom B-21 Raider yang berkemampuan mengugurkan bom-bom konvensional dan thermonuclear itu akan melakukan penerbangan sulungnya.

Pada ketika ini, terdapat lima buah pesawat pengebom B-21 Raider sedang di dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Pesawat pengebom B-21 Raider yang dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumman itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2026-2027 bagi membantu tugas-tugas pengeboman jarak jauh yang pada ketika ini dipikul oleh pesawat-pesawat seperti B-1 Lancer, B-2 Spirit dan B-52 Stratofortress.

B-21 Raider

Ia kemudiannya akan menggantikan pesawat-pesawat pengebom yang sudah berusia itu apabila bilangan B-21 Raider mencecah bilangan minimum 100 buah pesawat sebagaimana dirancang oleh Tentera Udara Amerika Syarikat.

Walaupun bilangan minimum pesawat adalah 100 buah tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat menjangkakan ia akan mengoperasikan di antara 175 hingga 200 buah B-21 Raider di dalam tahun-tahun mendatang kelak.

Berapa kos untuk membangunkan pesawat pengebom B-21 Raider ini?

B-21 Raider

Menurut agensi berita kewangan antarabangsa “Bloomberg”,  Tentera Udara Amerika Syarikat menjangkakan program pesawat pengebom itu bermula daripada pembangunannya sehinggalah kepada perolehan dan pengoperasian 100 buah pesawat itu dalam tempoh 30 tahun akan menelan belanja sehingga US$203 bilion (RM812 bilion) duit pembayar cukai rakyat Amerika Syarikat.

Kos-kos itu melibatkan US$25.1 bilion (RM100.4 bilion) untuk program pembangunannya, US$64 bilion (RM256 bilion) untuk fasa production dan US$114 bilion (RM456 bilion) untuk mengoperasikan kesemua 100 buah pengebom jarak jauh dan strategik B-21 Raider itu di dalam tempoh 30 tahun life-cycle aset terbaru Amerika Syarikat itu.

B-21 Raider

Pesawat pengebom B-21 Raider Amerika Syarikat itu direkabentuk supaya ia berkemampuan untuk melaksanakan misi-misi pengeboman terhadap mana-mana sasaran di seluruh dunia, tidak kira di mana ia berada (dengan bantuan pesawat pengisi minyak).

Pesawat B-21 Raider itu juga direkabentuk supaya sentiasa “halimunan” terhadap apa sahaja sistem pertahanan udara paling canggih pihak musuh.

Sistem radar musuh tidak akan mampu mengesan kehadiran B-21 Raider itu.

Jumlah persenjataan yang boleh dibawa oleh B-21 Raider serta jarak operasinya jauh mengatasi pesawat-pesawat pengebom Amerika Syarikat yang lain kecuali B-2, memberikan kelebihan kepada Tentera Udara Amerika Syarikat.

B-21 raider

Pesawat pengebom B-21 Raider itu akan beroperasi daripada Pangkalan Udara Ellsworth, South Dakota, Pangkalan Udara Dyess di Texas dan Pangkalan Udara Whiteman di Missouri.

Bagaimanapun kemungkinan besar, pesawat pengebom terbaru Amerika Syarikat itu akan ditempatkan di pangkalan-pangkalan tenteranya di seluruh dunia termasuk di Diego Garcia di Lautan Hindi dan Guam di Pasifik.

B-21 Raider

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...