Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MALBATT 850-8 Di Lubnan Laksana RANKON “Ribut”

1,390

(DEFENCE SECURITY ASIA) — RANKON ‘RIBUT’ telah dilaksanakan pasukan pengaman MALBATT 850-8 pada 5 Februari lepas di kawasan Kem Marakah dan Kem Tibnin.

Latihan ini adalah berorientasikan pelan dan tindakan dalam mempertahankan kem sekiranya berlakunya pencerobohan ke atas instalasi-instalasi penting.

Lubnan
Gambar Kredit My Joint Force

Senario latihan yang dimainkan adalah mirip kepada situasi ancaman sebenar agar Exercise Realness dan konsep train as we fight dapat diterapkan.

Latihan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama – Wargaming Exercise yang melibatkan Ketua Kompeni dan Elemen serta Key Personal seterusnya diikuti dengan peringkat kedua iaitu – Field Ex yang menggabungkan semua peringkat anggota. Latihan sebegini mampu meningkatkan tahap situational awareness dan dapat melatih anggota MALBATT 850-8 bagi aspek incidents management di samping menilai command and control di antara trup serta Tactical Operation Centre (TOC).

Lubnan
Gambar Kredit My Joint Force

Antara sub latihan yang dirangkumkan di dalam RANKON RIBUT ini adalah Crowd Riot Control (CRC), Atur gerak Platun Siap Sedia, Atur gerak EOD Team, Force Protection dan MEDEVAC,.

Selain itu, elemen-elemen latihan Incident Handling Management, Hostage Rescue oleh Elemen CRT dan Command and Control turut dilaksanakan oleh TOC.

Lubnan
Gambar Kredit My Joint Force
Lubnan
Gambar Kredit My Joint Force
Lubnan
Gambar Kredit My Joint Force
Lubnan
Gambar Kredit My Joint Force

 

Maklumat dan Gambar daripada Page FB “My Joint Force”

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.