Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Pihak UITM-MTC HEMREL Bangunkan Beberapa Jenis Roket Untuk Pelbagai Aplikasi

0 1,202

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pihak UiTM-MTC HEMREL telah membangunkan beberapa jenis roket untuk pelbagai aplikasi sebagai ‘local solution’ kepada keperluan negara.

Antara roket yang dibangunkan adalah roket ‘sounding’ bersaiz kecil untuk mensimulasi penerbangan roket sebenar dengan dilengkapi sistem telemetri buatan tempatan dengan kerjasama SpaceIn Sdn.Bhd.

 

Roket ini direka bentuk sepenuhnya oleh para saintis dan jurutera tempatan di UiTM-MTC HEMREL dari pembangunan teknologi asas pendorongan roket motor hingga ke struktur pelancar.

Roket ini boleh dipertingkatkan sebagai roket pembenihan awan untuk memenuhi keperluan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan-kawasan yang sesuai mengikut keperluan operasi dan beberapa lagi aplikasi sama ada untuk tujuan awam atau ketenteraan. Pelancaran roket boleh di buat melalui mod pelancaran tunggal atau mod pelancaran berganda ( salvo) mengikut konsep Multiple Launch Rocket System (MLRS).

HEMREL

Pembangunan teknologi roket ini dan kejayaan pelancaran pada 21 September 2020 lalu membuktikan anak tempatan juga mampu menghasilkan teknologi roket sendiri.

Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aeroangkasa terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi sebahagian daripada pasaran global menjelang tahun 2030.

Maklumat, gambar dan video adalah daripada Facebook “HEMREL-High Energy Material Research Laboratory.”

 

HEMREL

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...