Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Kesan 72 Kumpulan Samseng Bergerak Aktif Di Negara Ini

0 1,391

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 72 geng samseng aktif dikesan bergerak aktif di negara ini dan sekiranya ancaman ini dibiarkan berterusan maka Malaysia berkemungkinan  boleh menjadi seperti bandaraya Chicago di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 1930-an.

Pada tahun-tahun 1930-an, aktiviti gengsterisme hampir melumpuhkan kedaulatan undang-undang Amerika Syarikat, menyebabkan kegiatan Mafia berleluasa.

gengster
Gambar Hiasan

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar dalam satu temuramah dengan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan sejak 2013 Kementerian Dalam Negeri telah mewartakan 72 kumpulan kongsi gelap dan gangster.

Daripada 72 kongsi gelap dan gangster, 49 dikenalpasti telah bertapak di negara ini pada 2013 manakala 23 lagi ditubuhkan pada 2015 dengan jumlah ahli kira-kira 9,000 orang. Beliau berkata, kegiatan gengsterisme dkhuathiri meningkat dengan ahli kongsi gelap mula bergaduh secara terang-terangan ditempat terbuka berebutkan kawasan jajahan untuk melakukan aktiviti jenayah mereka seperti menjual dan mengedar dadah serta perjudian.

Gengster
Gambar Hiasan

Polis katanya, teruskan menjalankan OP Cantas untuk mengesan dan menangkap mana-mana individu yang menyertai pertubuhan haram atau yang menyalahi undang-undang.

Sepanjang tempoh 2016 hingga tahun lepas, sebanyak 2,961 individu telah ditangkap dibawah Akta Pertubuhan 1966 kerana menjadi atau menggangotai kumpulan kongsi gelap, selain memiliki tatu serta lambang kongsi gelap  dan mempamerkan papan tanda mempunyai simbol kumpulan kongsi gelap.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 469  ahli kongsi gelap diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), selain menahan 1,868 kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk merusuh, bunuh, mencederakan individu lain pemerasan dan lain-lain lagi.

Dev berkata, pihak polis tidak pernah berdiam diri malah akan terus bertindak terhadap semua kumpulan kongsi gelap.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...