Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Johor Tembak Mati Empat Penjenayah Warga Asing

667

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat lelaki dipercayai warga asing mati selepas terlibat dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembak dengan pihak polis di Jalan Pagoh-Parit Sulong kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera dibahagian tangan akibat ditikam kerambit.

Ayob Khan
Ketua Polis Johor menunjukkan revolver dan parang yang digunakan oleh suspek dalam kejadian berbalas tembak dan pergelutan awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sebelum berlakunya kejadian itu pihak polis telah menahan dua buah kenderaan mencurigakan untuk pemeriksaan.

Namun secara tiba-tiba pemandu dan penumpang kenderaan daripada jenis Toyota Avanza itu telah bertindak secara agresif dengan mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan kea rah anggota polis itu. Pada masa yang sama mereka turut cuba melarikan diri dan telah berlaku pergelutan dengan anggota polis.

Ayob Khan
Gambar daripada media sosial menunjukkan kenderaan polis mengepung lokasi kejadian berbalas-tembak awal pagi tadi.

Suspek telah menyerang anggota polis dengan parang dan kerambit.

“Salah seorang suspek telah bertindak menikam anggota polis. Untuk mempertahankan diri, pasukan telah melepaskan tembakan untuk menghentikan ancaman daripada suspek,” katanya pada sidang media hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek tiada pengenalan diri.

Polis menemui sepucuk pistol jenis revolver berwarna hitam, parang, sebilah kerambit dan peralatan memecah rumah, selain kenderaan  Avanza dan Myvi yang dilaporkan hilang di Seri Alam, Johor.

Kumpulan yang dianggotai oleh suspek ini dipercayai aktif dalam jenayah samun dan pecah masuk premis pejabat kilang di sekitar Johor.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.