Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perairan Pulau Perak, Lokasi “Kegemaran” Pencerobohan Nelayan Jiran

849

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ada apa dengan perairan di sekitar perairan Pulau Perak sehingga begitu menarik minat bot-bot nelayan negara jiran, Indonesia untuk menjadikannya sebagai kawasan yang “paling digemari” untuk aktiviti pencerobohan mereka.

Sejak beberapa bulan lepas, banyak sangat insiden pencerobohan nelayan Indonesia di perairan sekitar Pulau Perak, dengan semalam sahaja lapan buah bot nelayan negara jiran itu diusir oleh kapal TLDM, KD Mahawangsa kerana menceroboh perairan negara.

Nelayan
Gambar kredit TLDM

Dan hari ini, KD Mahawangsa sekali lagi telah bertindak mengusir sembilan bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 44 batu nautika tenggara Pulau Perak, Kedah, hari ini.

Semalam lapan buah dan hari ini sembilan buah bot nelayan Indonesia. Nampak gaya, jikalau kita hanya bertindak mengusir bot-bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara, keesokkan harinya mereka akan datang kembali ke kawasan perairan itu untuk menceroboh sekali dan perkara sebegitu akan berulang-ulang.

Indonesia
Gambar kredit TLDM

Admin tahu kerajaan ada persefahaman dengan negara jiran untuk sekadar mengusir dan tidak menangkap nelayan yang menceroboh perairan tetapi sekarang ni nampak macam penguatkuasa negara jiran lepas tangan.

Sebenarnya banyak kes pencerobohan bot-bot nelayan Indonesia di kawasan perairan di antara Pulau Jarak dan Pulau Perak. Pulau Perak ini adakah kawasan perlindungan marin, bermakna khazanah marinnya adalah amat berharga.

Malah APMM berkata, di antara bulan Mac hingga Nov tahun lepas pihaknya telah mengusir kira-kira 200 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di Pulau Jarak.

Tentang insiden hari ini, Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat memaklumkan pengusiran dilakukan oleh KD Mahawangsa ketika melakukan rondaan OP Benteng di Selat Melaka Utara, kira-kira pukul 1.00 tengah hari ini.

“KD Mahawanga yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan sembilan buah bot nelayan Indonesia yang sedang menangkap ikan di kawasan perairan negara. Melihat kehadiran kapal ini, kesemua bot nelayan berkenaan segera beredar keluar dari perairan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sebuah pesawat CL 415 MP Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia yang melaksanakan tinjauan udara di Selat Melaka Utara turut digunakan untuk membantu pengusiran bot nelayan berkenaan pada pukul 3.20 petang.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.