(DEFENCE SECURITY ASIA) — Dalam konflik di Libya, Russia berada di belakang Libyan National Army (LNA) berpengkalan di bandar Tobruk yang diketuai oleh panglimanya Khalifa Haftar, tetapi sokongan itu dilakukan secara senyap-senyap untuk mengabui mata masyarakat antarabangsa.
Penglibatan Russia di Libya itu dilakukan secara rahsia supaya ia tidak membangkitkan curiga musuh-musuh negara kuasa besar dunia itu.
Tetapi ia bolehlah disifatkan sebagai rahsia terbuka, kerana diketahui ramai bahawa Moscow telah pun berada dalam Libya (knee deep) dengan menyokong tentera LNA Khalifa Haftar.
Dalam konflik di Libya diantara LNA yang diketuai oleh Haftar dengan tentera yang setia dengan Government of National Accord (GNA), penglibatan Moscow adalah menerusi private military contractor (PMC) atau “mercenaries” atau “soldier of fortune”. Tetapi lebih mudah mereka ini adalah tentera upahan. GNA yang didokong kuat oleh Turki dan Qatar berpusat di Tripoli, diiktiraf sebagai kerajaan Libya yang sah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ok, kontraktor keselamatan yang banyak membantu tentera Khalifah Haftar dan menjalankan “kerja-kerja kotor” Russia di Libya dinamakan Wagner Group atau Vagner yang dipercayai menerima arahan terus daripada pemimpin tinggi tentera Russia terutamanya badan perisikan luar negara mereka, iaitu GRU.
PBB dalam satu laporan mereka menganggarkan di antara 800 hingga 1000 anggota tentera Wagner kini berada Libya berjuang disamping tentera Haftar. Mereka ini dibekalkan dengan pelbagai jenis senjata.
Anggota Wagner menurut pemerhati dibekalkan dengan pesawat-pesawat pejuang MiG-29 dan Su-24, serta kereta kebal dan sistem pertahanan udara seperti Pantsir S-1 untuk membantu tentera Khalifah Haftar.
Selain di Libya, tentera Wagner juga berjuang di Syria, Ukraine (Crimea) dan Afrika.
Dakwaan mengatakan pada ketika ini terdapat sehingga 3,000 anggota tentera Wagner di Syria dan mereka ini dikatakan dibayar sehingga US$3,800 sebulan atas perkhidmatan mereka.
Senang cerita, anggota tentera persendirian Wagner ini lebih kurang sama seperti anggota keselamatan persendirian Amerika Syarikat daripada Blackwater Group yang cukup aktif di Iraq ketika negara itu diduduki oleh Amerika Syarikat.
Blackwater Group ini banyak melakukan kekejaman terhadap orang awam Iraq dan memandangkan mereka ini PMC yang tidak tertakluk pada undang-undang tentera, maka mereka terlepas dari dikenakan tindakan undang-undang.
Kebanyakkan anggota Wagner di Libya terdiri daripada rakyat Russia sendiri tetapi ada juga rakyat Moldova, Serbia dan Ukraine. Kebanyakkan mereka ini adalah bekas anggota tentera Russia sendiri.
Wagner Group ini dikatakan telah ditubuhkan oleh Dmitry Utkin, bekas anggota GRU Tentera Russia yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin tentera Russia termasuk Presiden Vladimir Putin.
Disebabkan hubungan yang rapat dengan kepimpinan Russia, maka adalah agak mudah bagi Wagner Group ini memperolehi sumber kewangannya dengan banyak pihak percaya GRU merupakan penyumbang utamanya.
Ada juga mengaitkan Wagner Group dengan ahli perniagaan Russia yang amat rapat dengan Putin iaitu Yevgeny Prizoghin yang turut digelar “Putin’s Chef.”
GRU ini adalah direktorat perisikan tentera Russia dan adalah agensi perisikan luar negara terbesar negara itu.
Menurut laporan, GRU menempatkan lebih enam kali ganda agennya di luar negara berbanding SVR yang menggantikan KGB.
GRU juga mempunyai 25,000 anggota komando Russia “Spetnaz” di bawah pemerintahannya pada 1997.
Dan itu adalah angka pada 1997, kini sudah 2021.
Comments are closed.