Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ratusan Rohingya Larikan Diri Dari Kem Perlindungan Di Aceh, Mahu Ke Malaysia

571

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ok, TLDM, APMM dan Polis Marin kena bersedia kerana ratusan pelarian etnik Rohingya telah melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh dan mereka dilaporkan mahu memasuki Malaysia.

Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) Indonesia, Mitra Suryono berkata, sejak awal lagi pelarian Rohingya itu memang mahu ke Malaysia dan bukan Indonesia.

rohingya

“Mereka meninggalkan kem penempatan tanpa pengetahuan petugas. Mereka menggunakan khidmat orang ketiga untuk menyeberang ke Malaysia, kerana sejak daripada awal sememangnya tujuan mereka adalah ke Malaysia,” kata Mitra kepada Kompas.com.

Data yang diperoleh Kompas.com menunjukkan bahawa pelarian Rohingya datang dalam dua gelombang dengan gelombang pertama telah terkandas di Aceh Utara seramai 99 orang manakala gelombang kedua pula melibatkan 287 orang di Kota Lhokseumawe. Keseluruhan pelarian yang melarikan diri berjumlah 396 orang di Kem Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe.

Rohingya

Daripada jumlah itu, 281 orang melarikan diri manakala tiga meninggal dunia. Pada ketika ini 112 baki yang tinggal berada kem sementara ini,” katanya.

Sebelum itu, etnik Rohingya berangkat dari Bangladesh dengan tujuan mahu ke Malaysia namun disebabkan kerosakan kapal mereka terkandas di perairan Aceh.

“Di Malaysia, sebahagian keluarga mereka, baik suami, saudara dan lainnya sudah hidup dengan baik. Maka, niat ke Malaysia itu terus ada,” kata Mitra.

Mitra berkata, UNHCR menyerahkan sepenuhnya proses undang-undang kepada polis berkaitan perdagangan orang etnik Rohingya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.