(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, page pertahanan Indonesia dengan nama “ Lembaga Kajian Pertahanan Strategis” telah berkongsi beberapa keping dokumen yang agak menarik tentang insiden Konfrantasi Malaysia-Indonesia.
Dokumen ditandatangani oleh Kolonel C.M. Mount Jr itu bertarikh 11 Disember 1963itu bertajuk “The Joint Chiefs of Staff Operations Directorate Joint Staff, Washington” dan ia menerangkan situasi terkini di Asia Tenggara pada ketika itu.
Pada ketika itu Mount Jr adalah Ketua Divisyen Pasifik di Operations Directorate.
Dokumen itu menerangkan situasi tegang ketika berlakunya Konfrantasi di antara Malaysia dan Indonesia. Ia memberitahu bahawa sebuah pesawat pengebom jarak sederhana daripada jenis TU-16 Badger Tentera Indonesia telah “mengelilingi (circled)” Bandar Kuching pada 6 Disember 1963, menurut atase tentera Amerika Syarikat di Singapura.
Dokumen itu juga menyatakan bahawa sebuah lagi pesawat pengebom TU-16 Badger itu turut berbuat perkara yang sama atau “buzzed” Bandar Tawau pada 7 Disember 1963. Mungkin insiden ini adalah “open secret.”
Menurut atas tentera Amerika Syarikat itu lagi, penerbangan kedua-dua pesawat pengebom buatan Kesatuan Soviet itu berkemungkinan untuk misi peninjauan, kerana pesawat ini pernah dioperasikan untuk melaksanakan misi-misi peninjauan sebelum ini.
Beliau juga mengatakan pada 8 dan 9 Disember 1963, lapan buah helicopter Indonesia telah dilaporan “menyeberangi” sempadan Sarawak untuk meninjau kedudukan pasukan keselamatan Sarawak.
Atase tentera Amerika Syarikat itu seterusnya membuat penilaian bahawa tentera British dan Malaysia tidak diketahui mengambil apa-apa tindak balas terhadap penerbangan helicopter terbabit.
Menurut beberapa laporan, Kesatuan Soviet telah menjual sebanyak 26 buah TU-16KS (Badger B) yang dibuat oleh syarikat Tupolev kepada Indonesia pada tahun 1961 untuk melengkapkan dua skuadron pengebom. (Nos 41 dan Nos 42)
Pesawat pengebom yang dibeli oleh Indonesia itu berkemampuan membawa dua buah peluru berpandu udara ke darat “AS-1 Kennel”.
Indonesia terus mengoperasikan pesawat TU-16 ini sehinggalah kesukaran mendapatkan alat-alat ganti menyebabkan Jakarta menghentikan penggunaannya.
Terdapat juga laporan mengatakan pesawat TU-16 Indonesia ini melakukan penerbangan ke bandar-bandar Australia seperti Alice Springs pada tahun-tahun 1960-an (mungkin untuk melakukan perkara yang sama sebagaimana ia lakukan di Kuching dan Tawau).
Comments are closed.