Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Kereta Kebal “Altay” Turki Tampil Dengan Rekabentuk Baru

0 1,146

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat kereta kebal utama “Altay” iaitu BMC telah menunjukkan rekabentuk baru kereta kebal utama itu yang akan dilengkapi dengan beberapa teknologi tempatan bagi menggantikan teknologi luar negara.

Syarikat telah melakukan live demonstration rekabentuk kereta kebal yang baru itu beberapa hari lepas. Selepas ini, BMC akan membina 250 buah kereta kebal “Altay” bagi tentera Turki dalam fasa pertama.

(Demonstratsi rekabentuk baru kereta kebal “Altay” baru-baru ini)

Antara teknologi tempatan yang bakal melengkapkan “Altay” bagi menangani masalah keengganan syarikat luar negara membekalkan teknologi mereka adalah di dalam bahagian enjin kereta kebal itu sendiri.

“Altay” akan menggunakan enjin sendiri dinamakan “Batu V” yang dibangunkan sendiri oleh BMC bagi menggantikan enjin  keluaran syarikat pengeluar enjin Jerman, MTU yang pada 2011 bersetuju untuk membekalkan enjin terbabit tetapi membatalkannya pada 2018 akibat dasar kerajaan Jerman terhadap penglibatan Turki di Syria.

altay
Enjin “Batu V” yang akan menjana kuasa kereta kebal “Altay.”

Enjin 12 silinder turbo diesel “Batu V” yang dibangunkan oleh BMC untuk kereta kebal “Altay” itu akan menjana kuasa sebanyak 1,600 kuasa kuda bagi mengerakkan kereta kebal tempatan Turki yang seberat 65 tan itu. Enjin buatan tempatan serta sistem transmisi bagi kereta kebal itu adalah hasil kerjasama di antara BMC dengan syarikat-syarikat Itali Fiat/Iveco.

Selain itu, bagi sistem perlindungan kereta kebal itu pula, ia akan dilengkapi dengan add-on armour yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan terkenal Turki, Roketsan untuk pertahanan daripada periuk api serta IED (Improvised Explosive Device).

“Altay” juga akan dilengkapi dengan Active Protection System (APS) dikenali dengan nama “Akkor” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan tempatan, ASELSAN yang terdiri daripada launcher pods dan radar detection system yang diletakkan di atas turretnya.

Sistem APS “Akkor” akan memberikan perlindungan 24 jam kepada kereta kebal daripada sebarang ancaman roket atau peluru berpandu pihak musuh.

Manakala bagi sistem meriamnya pula, Altay akan dilengkapi dengan meriam 120mm 55 caliber smoothbore yang dibangunkan oleh syarikat Turki, MKE hasil pemindahan teknologi  dengan syarikat Korea Selatan, Hyundai ROTEM.

Kereta kebal juga akan mempunyai Remote Weapon System dengan mesingan 12.7mm.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...