Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Buat Hari Kedua Berturut, 15 Pesawat China Ceroboh ADIZ Taiwan

0 533

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat hari kedua berturut-turut, Kementerian Pertahanan Taiwan telah mengesan pencerobohan besar-besaran pesawat tentera China di Zon Pertahanan Udara (ADIZ) negara pulau.

Beberapa jam yang lalu, Taiwan mengatakan sistem pertahanan udaranya telah mengesan sebanyak 15 buah pesawat tentera China menceroboh ADIZ negara itu.

Taiwan
Lokasi pencerobohan pesawat-pesawat China di ADIZ Taiwan. (kredit Kementerian Pertahanan Taiwan)

Pencerobohan hari ini dilakukan oleh enam buah pesawat pejuang J-10, empat buah J-16, dua buah Sukhoi SU-30, dua buah pesawat anti-submarine warfare (ASW) Y-8  dan sebuah pesawat peninjau Y-8. Tiada pesawat pengebom strategik China terlibat dalam misi pencerobohan hari ini

Insiden pencerobohan hari ini menyusul kejadian semalam, di mana 13 buah pesawat tentera China telah menceroboh ADIZ Taiwan diketuai oleh lapan buah pesawat pengebom strategic H-6K, sebuah Y-8 ASW, empat buat pesawat J-16. Kehadiran begitu banyak pesawat pengebom H-6K yang boleh membawa peluru berpandu ballistik anti kapal (anti-ship ballistic missile) serta senjata nuklear menggusarkan pemerhati pertahanan serantau.

Taiwan
Gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan memaparkan jenis-jenis pesawat China yang terlibat dalam pencerobohan di ADIZ Taiwan hari ini.

Ada pemerhati pertahanan membuat kesimpulan bahawa pencerobohan begitu banyak pesawat tentera China diketuai oleh lapan buah pengebom H-6K semalam bukan “pencerobohan sembarangan” tetapi ia sebenarnya merupakan suatu simulasi serangan.

Ia adalah simulasi serangan pesawat pengebom China yang berkemampuan membawa peluru berpandu “aircraft carrier killer missile” terhadap kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, CVN-71 USS Theodore Roosevelt yang kini disahkan berada di Laut China Selatan.

Amerika Syarikat mengesahkan bahawa USS Theodore Roosevelt dan carrier battle group terdiri daripada dua buah kapal pemusnah “Arleigh Burke” dan sebuah cruiser kini berada di Laut China Selat, tidak jauh daripada Taiwan.

Pemerintahan U.S Indo-Pacific (U.S Indo-Pacific Command) dalam satu kenyataan kehadiran USS Theodore Roosevelt dan carrier battle group di Laut China Selatan adalah untuk memastikan kebebasan di perairan itu.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam respons terhadap pencerobohan pesawat China di ADIZ Taiwan itu telah mengeluarkan kenyataan meminta Beijing menghentikan segala bentuk tekanan ketenteraan, diplomatik dan ekonomi terhadap Taiwan.

Washington menurutnya akan terus membantu Taiwan daripada segi pertahanannya.

Taiwan
Gambar yang dikeluarkan oleh U.S Indo-Pacific Command hari ini menunjukkan kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt sedang belayar di Laut China Selatan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...