Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Jerman, Perancis “Sabotaj” Projek Kereta Kebal “Altay” Turki?

0 459

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Usaha Turki untuk membangunkan kereta kebal sendiri menerusi projek kereta kebal utama, “Altay” nampaknya berhadapan masalah serius apabila Jerman dan Perancis dilaporkan enggan membekalkan enjin dan sistem transmisi serta armor untuk kereta kebal itu.

Jerman enggan membekalkan enjin dan sistem transmisi bagi projek kereta kebal itu kerana pertikaian politik dengan Turki dan isu perang di Syria, manakala Perancis pula atas percanggahan pendapat berkenaan isu carigali minyak dan gas di Timur Mediterranean.

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE YOU TUBE CHANNEL “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Paris menyebelahi Greek dalam isu cari gali minyak dan gas di Timur Mediterranean.

Ankara berharap dapat menggunakan enjin MTU dan sistem transmisi RENK buatan syarikat-syarikat Jerman pada kereta kebal utama “Altay” tetapi rundingan antara kedua-dua negara berkenaan isu itu tidak mencapai sebarang penyelesaian disebabkan percanggahan pendapat antara kedua-dua negara mengenai beberapa isu politik serta penglibatan Turki dalam peperangan di Syria.

altay

“Projek pembangunan kereta kebal utama “Altay” menghadapi masalah kelewatan yang serius berikutan kegagalannya mendapatkan bekalan enjin, armor dan transmisi,” menurut satu sumber di dalam industri pertahanan Turki  ketika ditanya oleh portal pertahanan antarabangsa baru-baru ini.

Pada peringkat pertama, Turki merancang untuk membangunkan 250 buah kereta kebal “Altay” seberat 65 tan sebelum menambah 1,000 buah lagi pada peringkat seterusnya, selain dikatakan akan mambangunkan kereta kebal tanpa pemandu pada peringkat selanjutnya.

Ia juga bercadang untuk mengeksport kereta kebal “Altay” ke negara luar.

Projek kereta kebal “Altay” oleh syarikat pertahanan Turki, Otokar bermula pada 2007 dan pada 2010 syarikat Turki itu telah menandatangani perjanjian dengan MTU serta RENK untuk membekalkan kedua-dua komponen utama itu.

Bagaimanapun, perjanjian untuk membekalkan kedua-dua komponen utama itu berhadapan dengan masalah apabila Jerman berang dengan penglibatan Turki dalam peperangan saudara di Syria.

Untuk mengatasi masalah itu, laporan media di Turki mengatakan syarikat Turki, BMC akan menghasilkan enjin serta sistem transmisi automatik bagi kereta kebal “Altay” dengan kerjasama firma Itali iaitu Fiat/Iveco untuk mengatasi permasalahan yang sedang dihadapi itu.

Enjin itu dinamakan “BATU.”

Selain itu juga, syarikat Turki MKE juga akan berkerjasama dengan syarikat Korea Selatan, Hyundai ROTEM untuk membangunkan sistem meriam 120mm 55 caliber smoothbore gun.

Syarikat Hyundai Rotem juga dikatakan bekerjasama dengan syarikat Turki, Roketsan untuk membangunkan modular armor bagi “Altay.”

Altay

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...