(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pada akhir 1980-an, Soviet Union mendakwa ia berjaya mengesan kapal selam nuklear Amerika Syarikat, USS Simon Bolivar, yang dianggap sebagai suatu kejayaan yang besar kerana selama ini ramai beranggapan ia adalah mustahil (terutama dunia Barat).
Kejayaan mengesan kapal selam Amerika itu dicapai oleh kapal selam Soviet Union dikenali nama, K-147 daripada kelas “Victor”.

Amerika Syarikat pada ketika itu percaya kapal selam nuklearnya tidak boleh dikesan oleh Soviet Union kerana beranggapan teknologi sonar untuk mengesannya yang dimiliki oleh negara Komunis itu ketinggalan.
Namun laporan rahsia oleh CIA pada 1972 yang hanya didedahkan pada 2017 menyatakan Soviet Union mempunyai cara lain (unconventional) untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa menggunakan sonar pun. Sistem bukan sonar yang dibangunkan oleh Soviet Union itu dinamakan “System Obnarujenia Kilvateranovo Sleda” atau SOKS. Kapal selam K-147 Soviet itu dikatakan telah pun dilengkapi dengan sistem SOKS sejak 1969.

Walaupun tahu tentang kewujudan SOKS, tetapi Amerika dan sekutunya masih belum mengetahui secara mendalam mengenai sistem itu dan Russia masih memegang kuat rahsia tentang SOKS ini.
Sistem SOKS ini dipasang di kapal-kapal selam Russia dan sistem itu kelihatan seperti benda-benda tajam (spike) atau gerigi yang merupakan jalan penyelesaian di luar kotak oleh Soviet Union untuk mengesan kapal selam nuklear Amerika tanpa perlu bergantung pada sistem sonar, sama ada pasif atau aktif.
Dalam laporan rahsia CIA itu, salah satu instrumen SOKS itu mengesan apa yang dipanggil “activation radionuclides”, iaitu mengesan radiasi lemah yang dihasilkan oleh rektor nuklear kapal selam itu.
Instrumen lain SOKS pula dipanggil “gamma ray spectrometer” yang berfungsi mengesan kesan-kesan radioaktif di dalam air laut.
Soviet Union terlebih dahulu menggunakan sistem SOKS terhadap kapal selam nuklearnya sendiri untuk memastikan keefektifannya sebelum mengerahkan agar sistem digunakan untuk mengesan kapal-kapal selam musuh.
Laporan rahsia Amerika itu juga mendedahkan bagaimana kapal selam nuklear meninggalkan campuran kimia dalam alunan ombak (wake) yang dihasilkannya ketika belayar.
Comments are closed.