(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki dijangka melancarkan kapal friget pertama daripada empat kapal kelas Istanbul (F515) yang dibina dibawah program pembinaan kapal perang nasional dinamakan sebagai “MILGEM” (national ship) pada 17 Januari ini, menurut media tempatan.
Sebagai program pembinaan kapal nasional, maka dianggarkan penggunaan bahan-bahan dan peralatan tempatan di dalam kapal friget jenis Istanbul itu adalah pada 75 peratus.
Program MILGEM bermula dengan pembinaan empat buat kapal korvet kelas ADDA yang memiliki 72 peratus bahan-bahan dan peralatan tempatan manakala penggunaan bahan serta peralatan tempatan bagi pembinaan kapal friget kelas Istanbul telah meningkat ke 75 peratus.
Memastikan Turki mampu berdikari dalam industri pertahanan termasuk pembinaan kapal-kapal perang merupakan sasaran utama program MILGEM, yang bermaksud (national ship) di dalam Bahasa Turki. Ia bermula dengan korvet kelas ADDA yang telah pun siap dibina, sebuah korvet ELINT (Electronic Intelligence) dan diikuti dengan empat friget kelas Istanbul yang mampu melaksanakan pelbagai misi seperti anti-air warfare, anti kapal selam, anti surface, reconnaissance, surveillance dan lain-lain lagi.
Korvet kelas ADDA direka untuk melaksanakan tugas-tugas anti submarine manakala korvet ELINT pula adalah khusus untuk perisikan elektronik.
Turki turut membina empat buah kapal friget kelas Jinnah di bawah program MILGEM untuk tentera laut Pakistan.
Kapal friget kelas Istanbul bukan sahaja memiliki rekabentuk yang amat menarik tetapi ia juga dilengkapi dengan pelbagai sistem sensor dan penderia yang moden, selaras dengan kehendak tentera laut Turki yang mahukan ia berkemampuan melaksanakan pelbagai misi.
Dua friget Istanbul yang pertama iaitu F515 dan F516 direkabentuk untuk melaksanakan misi-misi anti-air warfare. Ia akan dilengkapi dengan peluru berpandu ESSM dan peluru berpandu kapal-ke-kapal sama ada Harpoon atau buatan tempatan “Atmaca.”
Ia juga akan dilengkapi dengan sebuah meriam Oto Melara 76mm, dua buah meriam 25mm ASELSAN STOP remotely operated weapon system, sebuah CIWS (Close In Weapon System) dan torpedo 324mm.
Friget kelas Istanbul ini juga berkemampuan melancarkan pesawat tanpa pemandu dan memiliki hangar untuk menempatkan sebuah helikopter S-70B Seahawk untuk melancarkan misi-misi peperangan anti-kapal selam.
Berat keseluruhan kapal friget kelas Istanbul sepanjang 113 meter ini adalah sebanyak 3,000 tan.
Comments are closed.