Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Mesir Terima Dua Friget FREMM, Untuk Hadapi Turki Di Laut Mediterranean?

0 559

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Mesir telah menerima satu daripada dua buah kapal friget pelbagai guna FREMM yang dibelinya daripada Itali pada Ogos lepas dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai Euro 1.2 billion (RM5.8 bilion).

Kapal friget pertama FREMM Tentera Laut Mesir yang dinamakan “Al Galala” itu yang dibuat oleh syarikat Itali, Fincantieri pada mulanya adalah untuk kegunaan Tentera Laut Itali (Spartaco Shergat) sebelum dijual kepada negara Timur Tengah itu.

Kapal FREMM sebagaimana “Al Galala”.

Kapal kedua FREMM Mesir yang juga pada mulanya dibina untuk kegunaan Tentera Laut Itali (Emilio Bianchi) dijangka akan diserahkan kepada Kaherah pada tahun depan.

Mesir merancang untuk memiliki empat buah kapal friget FREMM keseluruhannya di dalam tentera lautnya bagi meneruskan lagi pembangunan tentera lautnya sejak bermulanya pemerintahan Jeneral Abdel Fatah El-Sisi pada pertengahan 2014. Pada 2014 juga, Mesir menandatangani perjanjian untuk membeli empat buah kapal korvet Gowind 2500 daripada Perancis.

al galala

“Al Galala” telah pun tiba di pelabuhan Alexandria pada 30 Dis tahun lepas.

Sebagaimana yang kita ketahui sejak El-Sisi mengambil alih tampuk pemerintahan Mesir, negara Arab itu telah berbelanja besar daripada segi pertahanan dengan tentera udaranya kini dilengkapi pesawat pejuang Rafale manakala tentera daratnya, lebih banyak kereta kebal Abrams serta T-90.

Mesir bersempadan dengan Libya dan diketahui merupakan penyokong kuat kepada kumpulan yang dipimpin oleh Khalifa Haftar, musuh ketat kepada kerajaan Libya yang dipimpin oleh GNA, yang disokong kuat oleh Turki dan Qatar.

Al Galala
El Sisi dan Khalifa Haftar.

Jadi di Libya, Mesir dan Turki sedang terlibat dalam perang proksi dan perang proksi ini tidak hanya terbatas di daratan tetapi juga berlaku di Laut Mediterranean yang kaya dengan sumber minyak dan gas.

Perebutan kawasan perairan Mediterranean yang kaya dengan sumber minyak dan gas dengan Turki inilah mungkin adalah sebab utama disebalik pembangunan tentera laut Mesir akhir-akhir ini.

Sumber minyak dan gas di Laut Mediterranean dan Turki adalah sasaran pembangunan tentera laut Mesir.

Al galala
Dron Turki “TAI Anka” melihat banyak aksi di Libya.

Ok mana Mesir dapat duit untuk finance pembelian pelbagai jenis senjata ini, memandangkan ekonomi negara Arab itu pun masih bergantung daripada external financing daripada International Monetary Fund (IMF) – US$2.8 billion stop-gap loan under IMF’s Rapid Financing Instrument dan pelbagai lain pinjaman.

Forex reserve Mesir pun disekitar US$38 bilion pada akhir Ogos 2020 (berbanding Malaysia di sekitar US$104 bilion).

Admin percaya banyak daripada kos pembelian ini adalah daripada dana Amerika (setiap tahun Mesir terima US$1.3 billion in military aid daripada Amerika setiap tahun) serta bantuan kewangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Al Galala
Raja Salman, MBS dan El Sisi.

Riyadh adalah antara penyokong kuat kerajaan El-Sisi dan gunakan Mesir sebagai penimbang kepada usaha Turki untuk melebarkan pengaruhnya di negara-negara utara Afrika seperti Libya dan lain-lain lagi.

Mesir pun tak berapa baik dengan Iran, so itu adalah baik utk axis Amerika-Mesir-Saudi dalam menentang perluasan pengaruh Iran dan militan Syiah di Asia Barat.

So kalu ada yang tanya dari mana Mesir dapat duit untuk beli “new toys” itu, mungkin itulah jawapannya.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...