Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Datuk” Mahu Adakan Bantahan Berkumpulan Insiden Tembak Mati Empat Penjenayah?

0 562

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas NGO hak asasi manusia menyatakan bantahan terhadap tindakan polis menembak mati empat penjenayah di Sungai Buloh Jumaat lepas, kini dikatakan terdapat seorang “Datuk” pula yang bercadang mengadakan bantahan berkumpulan tentang insiden itu.

Menurut laporan berita oleh akhbar Harian Metro, polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai ‘Datuk’ yang mahu mengadakan bantahan berkumpulan susulan kejadian empat suspek kes samun ditembak mati.

tembak

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dipetik oleh akhbr tabloid negara itu  sebagai berkata keadaan masih terkawal dan pihaknya menolak sebarang kemungkinan akan berlaku rusuhan sebagaimana yang didakwa. (ada dakwaan nak melakukan rusuhan ke?)

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terima laporan daripada lelaki itu berhubung isu bantahan sahaja, tidak berbangkit cubaan untuk merusuh. Kita masih giat menyiasat perkara ini termasuk bila dan di mana mereka akan buat bantahan itu. Jangan bimbang, keadaan masih terkawal di Sungai Buloh,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh akhbar itu.

rusuhan
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Akhbar itu tidak mendedahkan identiti “Datuk” berkenaan.

Berita mengenai bantahan oleh “datuk” itu menyusul  kenyataan sebuah NGO hak asasi manusia yang mendesak supaya dilakukan inkues (penyiasatan) untuk menyiasat kematian keempat-empat penjenayah itu.

NGO itu memanggil organisasi mereka “Malaysians Against Death Penalty and Torture” (Madpet).

MADPET dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal berita Bahasa Inggeris terkenal negara semalam meminta suatu siasatan bebas segera dilakukan untuk menentukan sama ada berlakunya salahguna (wrongdoing) dalam insiden itu.

madpet

“MADPET menggesa suatu siasatan bebas terhadap semua insiden tembak mati polis, yang perlu untuk menyelesaikan sebarang keraguan tentang kesalahan dan salahguna kuasa oleh polis. (MADPET demands speedy independent investigations and inquiries into all ‘police shot dead’ incidents, which is necessary to clear doubts about police wrongdoings and/or abuse of power.)

“Suatu inkues terbuka oleh pegawai perundangan perlu dilakukan untuk semua insiden tembakan polis. MADPET juga menggesa polis untuk menangkap suspek dan berusaha sedaya upaya untuk mengelak daripada membunuh mereka,” kata mereka dalam satu kenyataan semalam. (An open inquest by a judicial officer should also be held for all such police shooting incidents. Madpet also urges police to arrest suspects, and try their very best to avoid killing them)  it said in a statement.

tembak

Kelmarin, polis dilaporkan menyiasat sama ada empat suspek kes samun yang ditembak mati mempunyai rangkaian kumpulan atau bekerjasama dengan pihak lain bagi menjalankan aktiviti jenayah di Selangor sejak awal tahun ini.

Akhbar tabloid itu juga memetik Arjunaidi sebagai berkata bahawa polis juga menyiasat kemungkinan terdapat hubungan suspek lain dengan empat lelaki terbabit.

Empat suspek berusia 20-an maut ditembak polis ketika melarikan diri daripada pemeriksaan dengan menaiki sebuah kereta di Sungai Buloh selepas dipercayai terbabit dalam kes samun melibatkan sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang.

Dalam usaha untuk melarikan diri daripada polis, keempat-empat penyamun itu juga telah melanggar seorang penghantar makanan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...