Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

LMS Keempat TLDM Telah Siap Pembinaan di China

0 438

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Littoral Mission Ship (LMS) keempat TLDM telah selesai menjalani fasa pembinaan dan selamat diturunkan ke air di Limbungan Wuchang Shipbuilding Industry Group Ltd, Wuhan, China bagi menjalani fasa ujian penerimaan di pelabuhan.

Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia mengakibatkan penangguhan upacara rasmi penamaan LMS keempat ini.

TLDM
Kapal LMS keempat dan terakhir TLDM telah siap dibina di China. (gambar TLDM)

Upacara tersebut akan dilaksanakan serentak dengan upacara penyerahan fizikal kapal yang dijadualkan pada November 2021, menurut TLDM dalam satu kenyataan hari ini.

LMS keempat ini bakal menyertai Skuadron LMS Ke-11 bersama KD KERIS (LMS Pertama), SUNDANG (LMS Kedua) dan LMS Ketiga. Perolehan kapal-kapal ini dilaksanakan di bawah kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) yang telah dimeterai pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama pihak China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd, China.

TLDM
Limbungan-limbungan kapal utama di China.

LMS merupakan salah satu daripada lima kelas kapal di dalam program transformasi armada 15 ke 5.

LMS berkemampuan melaksanakan tugas rondaan, pengawasan maritim, Search and Rescue TLD(SAR) di samping menguatkuasakan undang-undang maritim Malaysia.

Kapal bakal menjalani beberapa siri ujian penerimaan di pelabuhan dan seterusnya ujian penerimaan di laut sebelum diserahkan kepada TLDM pada November 2021.

Bakal warga kapal dijangka akan diaturgerak ke China bagi menjalani latihan penyesuaian pada awal April 2021.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...