Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis KL Isytihar Lapan Rakyat China “Persona Non Grata”

0 540

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Lapan rakyat China menjadi warga asing pertama diisyihar sebagai “persona non grata” selepas dikaitkan dengan kes penipuan dalam talian yang beroperasi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, pada 21 Okt lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata kelapan-lapan mereka diisytiharkan “persona non grata” pada 8 Dis, selepas didapati bersalah oleh mahkamah pada 4 Nov.

persona non grata
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin

Beliau berkata baki 11 individu termasuk seorang bayi sedang dalam proses untuk mendapatkan perintah itu.

Persona non grata merujuk kepada seseorang yang tidak diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa berada negara terbabit. “Kesemua mereka berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan dalam operasi polis pada 22 Okt hingga 8 Nov lepas,” katanya hari ini.

persona non grata
Warga asing ditangkap pihak berkuasa dalam satu operasi.

Ahad lepas, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata warga asing yang didapati terlibat dan disabitkan dengan kesalahan melibatkan jenayah akan diisytihar sebagai “persona non grata.”

Keputusan itu terpakai kepada semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen tanpa mengira jenis pas yang dimiliki.

persona non grata
Perjudian online warga asing

Perkara itu turut disokong Polis Diraja Malaysia apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam yang berkata pihaknya akan merujuk penjenayah warga asing yang disabitkan kesalahan di mahkamah, terutama ketua sindiket penipuan dan maksiat, kepada Imigresen untuk diisytihar sebagai “persona non grata.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...