Amerika Kerah B-1B “Lancer” dan F-22 “Raptor” ke Laut China Selatan
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Amerika Syarikat telah mengerahkan sebuah pesawat pengebom strategik B-1B “Lancer” dan dua buah pesawat pejuang generasi kelima, F-22 Raptor bagi melakukan latihan untuk menangani konflik di Laut China Selatan.
Pesawat pengebom B-1B itu berpusat di Pengkalan Udara Ellsworth, South Dakota manakala kedua-dua buah pesawat pejuang Raptor itu berpusat di Skuadron ke-94 di Virginia.
Ketiga-tiga buah pesawat tentera udara Amerika Syarikat itu terbang ke Pengkalan Udara Andersen, Guam untuk menjalani latihan itu.
Guam merupakan pengkalan tentera utama Amerika Syarikat di Lautan Pasifik.
“Misi latihan ini memberi peluang kepada kita untuk mengintegrasikan B-1B dengan beberapa agensi dibawah tentera udara bagi membolehkan pengkalan udara Andersen, Guam menangani ancaman simetrik dan tidak simetrik,” menurut seorang komander misi F-22 itu.
Dalam latihan di Laut China Selatan itu, ketiga-tiga pesawat itu telah mengasah skill mereka untuk melancarkan peluru berpandu “stand-off”, selain meningkatkan kelicinan aspek kawalan dan pemerintahan.
Dalam satu laporan, peluru berpandu standoff yang dilancarkan oleh pesawat-pesawat pengebom strategik dijangka menjadi senjata utama Amerika Syarikat sekiranya konflik di Laut China Selatan meletus.
Menurut Lt Kol Lincoln Coleman, komander 37th daripada Ellsworth, latihan itu menonjolkan kemampuan pesawat pengebom dan pesawat pejuang tentera udara Amerika Syarikat itu untuk beroperasi di segenap pelusuk dunia.
Dengan China cuba menguasai keseluruhan Laut China Selatan, Amerika Syarikat dan sekutunya mula mengerahkan pelbagai aset ketenteraan.
Tahun depan, tentera laut British dijangka akan mengerahkan kapal pengangkut pesawat terbarunya, HMS Queen Elizabeth ke Timur Jauh, berkemungkinan sebagai satu lagi langkah untuk mengekang usaha agresif Beijing untuk menguasai Laut China Selatan.
Comments are closed.