Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Peluru Berpandu Balistik Antara Benua “RS-24 Yars”

0 691

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, tentera Russia telah melancarkan peluru berpandu ballistic antara benua (ICBM) “RS-24 Yars” daripada tapak pelancaran 1st State Test Cosmodrome di Plesetsk, wilayah Arkhangelsk.

Sasaran peluru berpandu balistik antara benua ini adalah kawasan latihan bernama “Kura” yang terletak di Kamchatka kira-kira 5,500 km jauhnya daripada Plesetsk, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Russia.

(Sila LIKE dan SUBSCRIBE You Tube Channel “Defence Security Asia”)

Pelancaran “RS-24 Yars” ini adalah sebahagian daripada latihan pasukan peluru berpandu strategik tentera Russia yang turut melibatkan pelancaran peluru-peluru berpandu kruis oleh pesawat-pesawat pengebom strategic TU-95 dan TU-160.

Manakala di Laut Barents, kapal selam berkuasa nuklear “Karelia” dan “Vladimir Monomakh” turut melancarkan peluru berpandu balistik antara benua ke sasaran masing-masing yang terletak ribuan  kilometer jauhnya. Latihan ini bertujuan menonjolkan kemampuan dan keberkesanan angkatan peluru berpandu balistik tentera Russia.

Yars
Kenderaan pelancar bergerak peluru berpandu “Yars.”

Menurut beberapa laporan, tentera Russia memiliki kira-kira 160 buah “RS-24 Yars” yang boleh dilancarkan daripada silo lancaran darat serta pelancar-pelancar bergerak sebagaimana gambar di atas.

Mula memasuki perkhidmatan tentera Russia pada 2010 selepas beberapa tahun ujian rahsia,  peluru berpandu “Yars” mampu membawa sehingga enam bahan peledak thermonuclear yang boleh membedil sasaran secara independent.

Yars
Pelancaran “Yars” daripada sistem pelancar bergerak.

Dikatakan tidak ada sistem pertahanan udara yang mampu menangkis serangan peluru berpandu “Yars.”

Peluru berpandu balistik antara benua ini mampu membedil sasaran sejauh 10,500km jauhnya (maksimum).

Jarak minimum “Yars” adalah 2,000km.

yars

Grafik diatas menunjukkan jarak dan kedudukan Plesetsk Cosmodrome di mana “RS-24 Yars” itu dilancarkan dan kawasan latihan Kura yang terletak di Kamchatka, di timur jauh Russia, tidak jauh daripada Jepun.

Walaupun begitu,  kita amat berharap dan berdoa selepas letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia Kedua, tidak akan ada lagi mana-mana pihak menggunakan peluru berpandu balistik antara benua dengan peledak nuklear sebagai penyelesaian terhadap mana-mana konflik.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...